Iklan papan tanda PUSAT PENGURUSAN,KAJIAN DAN PEMBANGUNAN AUTOMOTIF ingin mendapatkan kepastian ejaan dan hurof mengikut kamus DBP | Ejaan PUSAT PENGURUSAN, KAJIAN DAN PEMBANGUNAN AUTOMOTIF betul. | Tatabahasa | 16.10.2015 |
Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini? | Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 30.08.2014 |
Selamat pagi Tuan. Pada 09/06/15, kami membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa bagi Papan Tanda Pusat Tuisyen kami. Malangnya, sehingga hari ini (150615) kami belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak tuan. pada masa-masa lalu, kami mendapat maklumbalas pada hari itu juga dan perkhidmatan dbp amat efisen dan mengkagumkan. Kami rasa keliru kenapa tiada maklumbalas dari pihak tuan lagi. Kami amat berharap pihak tuan dapat bangkitkan perkara atau kesalahan, jika ada, dalam papan tanda kami supaya kami boleh betulkannya. Dilampirkan bersama, gambar papan tanda kami. Sekian terima kasih. | Permohonan tuan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk mencetak sijil kelulusan. | Lain-lain | 15.06.2015 |
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan. | Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat - daratan, garis - garisan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. | Makna | 11.05.2011 |
Salam, Permohonan saya untuk kelulusan untuk dua design papan tanda seperti di dalam lampiran telah ditolak atas alasan: 1) SPA DAN PUSAT KESIHATAN = SPA 2) PUSAT RAWATAN DAN KESIHATAN = SPA Untuk memenuhi syarat yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, menetapkan supaya ditulis Deskripsi ringkas tentang apa aktiviti yang dijalankan oleh syarikat di atas papan tanda yang akan dipamerkan di hadapan kedai, apakah yang boleh sayatulis sekarang? Ini adalah permohonan semakan untuk cawangan saya yang ke empat. Untuk 3 permohonan terdahulu telah diluluskan oleh pihak DBP tanpa membangkitkan isu ini dan pihak PBT juga telah mengeluarkan lesen dengan mudah. Saya sertakan juga contoh permohonan terdahulu yang telah diluluskan. Saya ingin memohon pihak DBP menilai semula terhadap keputusan penilaian yang telah dibuat. Terimaksih. | Untuk makluman, pihak kami telah mendapat arahan terkini yang kami tidak dibenarkan meluluskan papan iklan PUSAT KESIHATAN jika merujuk kepada kedai biasa. PUSAT RAWATAN KESIHATAN hanya dibenarkan jika merujuk kepada klinik kesihatan. | Lain-lain | 26.01.2017 |
Meminta Bantuan pengesahan ejaan papan tanda bagi pusat kami | Sila layari laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan. | Lain-lain | 07.11.2016 |
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih. | Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen. | Lain-lain | 19.07.2012 |
Tuan / Puan, kami ingin mendapatkan kelulusan ini untuk papan tanda ini di baru pusat membeli-belah pasar raya besar. Itu adalah jenama luar negara Arab dipanggil Lulu. Bolehkah kita mempunyai nasihat anda? | Setiap paparan di tempat awam mestilah menggunakan bahasa kebangsaan. Nama bangunan yang telah didaftarkan boleh dikekalkan, namun mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu. Contoh: PUSAT BELI-BELAH (keterangan iklan) LULU (nama bangunan) Dimiliki oleh:... (diikuti nombor sijil pendaftaran) | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Tuan / Puan Tuan / Puan, kami ingin mendapatkan kelulusan ini untuk papan tanda ini di baru pusat membeli-belah pasar raya besar. Itu adalah jenama luar negara Arab dipanggil Lulu. Bolehkah kita mempunyai nasihat anda? | Setiap paparan di tempat awam mestilah menggunakan bahasa kebangsaan. Nama bangunan yang telah didaftarkan boleh dikekalkan, namun mesti ada keterangan dalam bahasa Melayu. Contoh: PUSAT BELI-BELAH (keterangan iklan) LULU (nama bangunan) Dimiliki oleh:... (diikuti nombor sijil pendaftaran) | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih. | Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi. | Tatabahasa | 17.07.2012 |