Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih. | Salam Encik Musa, Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat. | Ejaan | 24.08.2012 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan al-Attas atau alAttas? Begitu juga dengan al-Arabiah atau alArabiah? Ini kerana ada sesetengah dieja rapat dan ada sesetengahnya diletakkan tanda sengkang. Begitu juga dengan nama Syed Muhammad Alsagoff. Adakah Alsagoff atau alSagoff atau al-Sagoff atau Al-Sagoff? Adakah penggunaan 'al' itu harus diletakkan tanda sengkang selepasnya atau tidak dan bagaimana pula dengan huruf 'A' adakah 'al' atau 'Al'? | Perkataan Arab "al-" yang diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tenda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran dan al-Attas, manakala kata nama am seperti alkisah dan alhasil dieja bersambung. | Ejaan | 28.08.2012 |
Salam sejahtera, penggunaan tanda sempang/tanda sengkang dari segi sebutan, adakah e pepet atau e taling? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu, sebutan 'e' bagi perkataan sempang dan sengkang menggunakan sebutan e pepet. | Lain-lain | 23.06.2020 |
Mohd Norazlan Shah 09:51 Mohd Norazlan Shah Mohd salam admin... sy nk btnya pgunaan tanda sengkang ( - ) dlm ejaan seperti pertandingan ----> per-tandingan, percubaan ----> per-cubaan...adakah ianya dibolehkan dlm penulisan karangan utk pelajar sekolah....harap admin dpt beri pencerahan....tq... | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pertandingan dan percubaan. | Ejaan | 01.03.2017 |
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul? | Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Salam sejahtera, Adakah tanda sengkang pada 'y-axis' dan 'x-axis' juga digunakan sekiranya kedua-dua frasa berkenaan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? 'y-axis' -> 'paksi-y' atau 'paksi y'? 'x-axis' -> 'paksi-x' atau 'paksi x'? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Penggunaan dalam bidang kejuruteraan ialah paksi y ; paksi x. Tiada tanda sempang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 18.09.2019 |
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih.... | Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
assalamualaikum. soalan saya, Kata ganti diri ketiga untuk tuhan iaitu '-Nya' dieja dengan tanda sengkang atau tidak? Yang mana satu betul: Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan RasulNya dan apakah sebab-sebabnya? | Apabila huruf kecil ditulis bersama-sama dengan huruf besar, tanda sempang digunakan seperti dalam perkataan Allah dan Rasul-Nya. | Ejaan | 07.04.2008 |
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu. | 1) 1) Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut: i. Kata ulang (contoh: anak-anak). ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g). iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia). v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25). vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar). Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September. 2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini. 3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang. 3) | Lain-lain | 06.05.2020 |
Adakah terdapat perbezaan antara penggunaan tanda baca bahasa Inggeris dan bahasa Melayu? Penggunaan semicolon (noktah bertitik), hyphen (tanda sempang), dash (tanda sengkang) dan sebagainya? Sebagai contoh, Najib terluka; dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya. Atau Najib terluka. Dia tahu Sarah berbuat demikian semata-mata untuk melukakan hatinya (yang lazim ditulis). Terima kasih | Untuk penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu, gaya penerbitan DBP berpandukan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga dalam Bab 6. Semicolon atau tanda koma bertitik(;) digunakan seperti yang berikut: (a) Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. (Contoh ayat: Malam makin larut; kerja masih banyak.) (b) Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. (Contoh ayat: Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.) (c) Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. (Contoh ayat: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za`ba, disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.) (d) Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. (Contoh ayat: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.) Berdasarkan huraian di atas, contoh yang tuan/puan berikan tidak sesuai menggunakan tanda koma bertitik dan perlu dipisahkan dengan tanda noktah. | Tatabahasa | 04.12.2018 |