Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan tanda baca di dalam sesuatu soalan.Contohnya tanda soal digunakan untuk soalan yang bermula dengan Bagaimana, Apakah, Siapakah dan lain-lain. tetapi bagaimana dengan penggunaan Nyatakan, Berikan Contoh, Huraikan.Adakah tanda soal juga boleh digunakan?Atau hanya penggunaan noktah sahaja boleh digunakan untuk soalan jenis ini? Sekian, terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana dan mengapa yang menggunakan tanda soal. Ayat yang menggunakan kata nyatakan, huraikan dan berikan contoh tidak perlu diakhiri dengan tanda soal. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
"Ke mana kamu mahu pergi?" Tanya Ali. Huruf selepas tanda soal dan tanda seru biasanya huruf besar. Adakah penggunaan huruf besar ini betul? | Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharulah selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar. | Ejaan | 25.10.2019 |
Setiap ayat yang berupa soalan, selepas tanda soal ? perlu lagi kita meletakkan tanda ( . ) atau tidak perlu. CONTOH. Awak berasal daripada mana?. Harap mendapat jawapan. terima kasih. | Tidak perlu ada tanda noktah selepas tanda soal. | Lain-lain | 26.12.2008 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kaliĀ edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih. | 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya.. | Soalan kurang jelas maksudnya. Sila berikan maksud yang hendak disampaikan. Terima kasih. | Lain-lain | 30.07.2017 |
1. Bolehkah ayat permintaan menggunakan tanda soal? Contohnya : Bolehkah saya keluar sebentar? (Atau ayat contoh saya di atas merupakan ayat tanya?) mohon kepastian. 2. Ayat permintaan dalam tatabahasa dewan hanya menggunakan contoh kata permintaan minta & tolong bolehkah berikan contoh yang lain? | Partikel "kah" digunakan dalam ayat tanya, maka ayat itu ialah ayat tanya. Ayat permintaan lazimnya menggunakan kedua-dua kata tersebut dan carian di Internet juga menemukan maklumat yang sama. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja. | a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? | Tatabahasa | 01.12.2011 |
Penggunaan huruf besar pada perkataan perlu digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda titik. Maka jerit perlu dieja dengan huruf kecil ("Hei, jangan pergi!" jerit Ali.) Boleh tuan terangkan mengapa selepas tanda serua dan tanda soal ! dan ? tidak dimulakan dengan huruf besar. Bukankah dua tanda ini biasanya dikira sebagai akhiran dan selepasnya dimulai huruf besar. | Tanda soal atau tanda seru mengakhiri ayat yang dibina, maka ayat baharu selepasnya hendaklah bermula dengan huruf besar. | Tatabahasa | 25.10.2019 |
bagaimanakah cara penggunaan perkataan pernyataan dan penyataan yang betul dalam sesuatu ayat? Contoh : 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Kedua- dua ayat berikut adalah betul penggunaannya mengikut konteks (sekiranya ayat pertanyaan perlu tanda soal (?), dan sekiranya sebagai ayat penyata biasa (tidak perlu tanda soal). 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Tatabahasa | 27.10.2014 |