tanda tangan atau tandatangan? | Jawapan yang betul ialah tandatangan. Terima kasih. | Ejaan | 24.09.2007 |
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan format tanda tangan 'bagi pihak' yang betul ? | Pada amalannya pegawai menjalankan tugas bagi pihak ketua organisasi. Contohnya jika Encik Ahmad bin Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, mendatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya ditulis b.p. Ketua Pengarah. Apabila Encik Ahmad bercuti, pegawainya Encik Abu bin Kassim, Pegawai Undang-undang, menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah (bukan bagi pihak Encik Ahmad). | Lain-lain | 09.01.2013 |
Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda air | Istilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital. | Istilah | 20.04.2017 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Salam Eid Mubarak Saya ingin bertanya sama ada perkataan "bersimpuh" boleh digunakan untuk tangan sebab saya pernah membaca di dalam karya tulisan dan juga contoh-contoh ucapan hari raya seperti "Izinkan tangan bersimpuh maaf..." Tetapi dlm kamus DBP, tidak ada contoh perkataan ini untuk tangan. Cuma kamus Bahasa Indonesia dan apabila menggunakan penterjemahan Google dari Malay ke English ia memberikan maksud bersimpuh sebagai "clenched together". Maksudnya meletak kedua tapak tangan bersama seperti menyembah atau seperti budaya orang Thai yang meletak tangan bersama di dada sebagai tanda salam. Mohon pencerahan sama ada ia boleh digunakan untuk tangan yg diletakkan bersama. | Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bersimpuh bermaksud duduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk), iaitu duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. Oleh itu, bersimpuh dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti yang dinyatakan. | Istilah | 27.05.2020 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan. | Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher / papan putih 2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak 3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda / kolam ikan 4. peti ais / tanda harga / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak 5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya 7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring / hutan kubah 8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup muka / sut hazmat | Tatabahasa | 14.07.2020 |
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 11.02.2014 |
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan. | Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan. | Tatabahasa | 18.04.2013 |