1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul? | 1. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas pada waktu peatng. 2. Muthu sedang mencuci baju di dalam tandas. Kedua-dua ayat tersebut betul dan ayat pertama merupakan ayat majmuk. | Tatabahasa | 11.06.2009 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |
As salam Tuan/Puan di talian, Betulkan penggunaan perkataan pengkongsian dalam ayat di bawah ini. 1. Pelaksanaan Kempen Bersihnya Tandas Kita ini adalah melalui pengkongsian tandas antara murid-murid dan guru. atau 2. Pelaksanaan Kempen Bersihnya Tandas Kita ini adalah melalui perkongsian tandas antara murid-murid dan guru. Semoga soalan saya ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Selamat bertugas. Terima kasih. | Perkongsian bermaksud hal berkongsi (bergabung dalam sesuatu kegiatan); persekutuan atau persatuan dalam sesuatu kegiatan. Penggunaan perkataan perkongsian dalam kedua-dua ayat tersebut, kurang tepat.
| Tatabahasa | 05.03.2015 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanyakan tentang gulungan kertas berwarna coklat di dalam tisu tandas. Apakah terdapat kata nama am baginya? Jika toilet roll ialah kertas tandas gulung, bagaimana pula yang di dalamnya? Adakah bekas gulungan tisu tandas lebih tepat? Dalam bahasa Inggeris ia disebut "empty toilet paper roll". Disertakan juga gambar untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "empty toilet paper roll" ialah penggulung tisu tandas. | Istilah | 24.08.2016 |
SINONIM TANDAS DALAM BAHASA ISTANA | Untuk makluman, tidak ada sinonim untuk tandas dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana ialah kamar bersiram. | Istilah | 07.04.2011 |
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas. | Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. | Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
SAYA INGINKAN KEPASTIAN TENTANG PERKATAAN TANDAS DALAM BAHASA ISTANA. TERIMA KASIH | Maklumat ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana untuk tandas ialah kamar bersiram. | Istilah | 07.04.2011 |
selamat sejahtera. saya ingin mengetahui perkataan flushing toilet, overflow, dan first flush dalam Bahasa Melayu (mengenai rainwater harvesting). sekian, ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan : flushing toilet = tandas pam atau tandas kumbah; overflow=limpahan atau melimpah; first flush=pam atau kumbah pertama | Istilah | 11.09.2008 |
Nama Bahasa Inggeris 1)Quarters "F". 2)Training hostel male dorm, female dorm, male toilet,female toilet. 3)Vip room lecturer room. 4)Cafeteria and Hall. gas room, cafeteria, kitchen, multipurpose hall/show room, lecturer hall. 5)Admin block office, meeting room, male prayer room, female prayer room, store, MDF room, male toilet, female toilet. 6)Guard house rest area, guard area, toilet. 7)TNB-Sub station H.T switch gear room, transformerroom, MSB room. 8)Pump House 9)Refuse Chamber | 1)kuarters 'F' 2)Asrama Latihan asrama lelaki,asrama perempuan, tandas lelaki, tandas perempuan. 3)Bilik Vip bilik pensyarah 4)Dewan dan Kafeteria bilik gas,kafeteria, dewan serbaguna,/bilik pameran,dewan kuliah. 5)Blok Pentadbiran pejabat,bilik mesyuarat,bilik solat lelaki,bilik solat perempuan,stor, bilik MDF, tandas lelaki, tandas perempuan. 6)Pondok Pengawal ruang rehat, ruang pengawal, tandas. 7)Pencawang TNB bilik janakuasa voltan tinggi, bilik transformer,bilik MSB. 8)Rumah Pam 9)Kebuk Sampah | Ejaan | 25.10.2011 |