Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dsb) tempat membuang air (yg di­lengkapi dgn mangkuk tandas, sink, dsb), bilik air; 2. sl tempat mandi (di sungai), perman­dian;~ awam tandas utk kegunaan orang ramai; ~ bergerak tandas mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang ramai; ~ curah sj tandas yg perlu dijirus dgn air utk mengalirkan najis ke dlm lubang yg ditutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tempat buang air; jamban: ~ lubang; ~ pam; ~ tong. ~ awam tandas utk kegunaan orang ramai. ~ bergerak tandas mudah alih yg disediakan di tempat keramaian utk kegunaan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandas
Bersinonim dengan habis langsung, habis kesemuanya, hilang kesemuanya, tiada langsung, tandus, licin-licau;,
Kata Terbitan : menandaskan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam pembinaan ayat selepas nombor roman adakah ditulis huruf besar atau huruf kecil. Sebagai contoh seperti di bawah. Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah : i. merobohkan bangku konkrit; ii. membina tandas baharu iii. mengalihkan tiang gol ; dan iv. membina pejalan kaki. Mohon komen cara penulisan saya di atas adakah betul atau salah. Juga mohon diperbetulkan jika salah.

Penggunaan huruf besar dan kecil pada pangkal ayat selepas nombor roman bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Bagi contoh yang diberikan, huruf pada pangkal ayat menggunakan huruf kecil kerana ayat tersebut membahagikan satu ayat yang sama kepada beberapa bahagian.

Oleh yang demikan, kami mencadangkan susunan ayat seperti yang berikut:

Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah

i.  merobohkan bangku konkrit,
ii. membina tandas baharu,
iii. mengalihkan tiang gol, dan
iv. membina laluan pejalan kaki.

Manakala, huruf besar pada pangkal ayat digunakan dalam bentuk isi penting (point form), seperti contoh yang berikut:

Senarai jabatan/bahagian yang terlibat adalah seperti yang berikut:

i. Jabatan Pengurusan Personel.

ii. Jabatan Dasar.

iii. Bahagian Pentadbiran Am.

iv. Bahagian Penguatkuasaan.

 

Lain-lain06.08.2025
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih.1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk.
2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.
3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan.
4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.
5. klausa atau perenggan atau para  - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain.  
6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan.
7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian.
Istilah09.06.2017

Kembali ke atas