| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
 b. jangka masa
 | Tatabahasa | 31.03.2021 | 
				| Assalamualaikum tuan, "Tandatangan dan Cop" ATAU "Tandatangan dan Cap"? Terima kasih. | Salam, 
 Jawapan yang tepat ialah tandatangan dan cap.
 | Istilah | 11.04.2016 | 
				| bolehkah menggunakan istilah 'Sila Parap' bagi mengantikan 'Sila Tandatangan' dalam dokumen rasmi | Dalam Kamus Dewan Edisi 4, parap bermaksud singkatan tandatangan, namun untuk tujuan rasmi frasa yang betul ialah "Sila tandatangan ..." | Istilah | 22.06.2007 | 
				| Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih | 1) Tandatangan Pentender / Penender Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.
 
 2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga
 Tandatangan Penyebut harga
 
 3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
 Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.
 
 4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
 
 5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
 Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
 
 | Tatabahasa | 27.03.2013 | 
				| Bagi ruangan tandatangan perasmi di plak perasmian , perlu diletakkan kata hormat YBHG.DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ atau memadai DATUK MHD AMIN NORDIN BIN ABD AZIZ? | Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, pada kebiasaannya YBHG diletakkan dalam plak tersebut, seiiring dengan nama perasmi. | Lain-lain | 23.08.2015 | 
				| 1)tandatangan 2)cap atau cop | 1)tandatangan 2)cop | Ejaan | 03.08.2011 | 
				| tanda tangan atau tandatangan? | Jawapan yang betul ialah tandatangan. Terima kasih. | Ejaan | 24.09.2007 | 
				| 1. Tandatangan dieja sekaligus atau terpisah? w.apa beza lokasi dengan lokaliti? | 1. Tandatangan 2. Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. Manakala, lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti.
 | Makna | 29.09.2014 | 
				| Ejaan manakah yang betul sama ada tandatangan atau tanda tangan? | Jawapan yang betul ialah tandatangan. Terima kasih. | Ejaan | 13.11.2022 | 
				| Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri. | Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut. | Lain-lain | 26.09.2016 |