Perkataan dinasti apabila dikaitkan dengan nama khas Ming, Tang sebagainya, huruf d besar atau kecil. Kerana saya tidak menjumpai isyarat huruf besar dalam Kamus Dewan edisi keempat. | Kata Dinasti Ming, Dinasti Tang yang merupakan nama khas dieja dengan huruf besar . | Ejaan | 20.03.2008 |
Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank you | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 11.09.2016 |
Selamat pagi. Adakah penggunaan kata "dari" dalam ayat berikut betul? Lukisan skrol Sembilan Puyuh karya Xu Xi dari Dinasti Tang Selatan amat indah dan halus. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Lukisan skrol Sembilan Puyuh karya Xu Xi daripada Dinasti Tang Selatan amat indah dan halus”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 269. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
Kata Nafi tang manakah lebih tepat untuk digunakan di dalam ayat di bawah: Para pelanggan yang dihormati, Selaras dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia, caj baru bagi pemprosesan cek sebanyak RM0.50 akan berkuatkuasa pada 2 Januari 2015 dan TIDAK/BUKAN pada 1 April 2014. Beralihlah kepada kemudahan pemindahan dana GIRO Antara Bank (IBG) sekarang, hanya RM0.10 untuk setiap transaksi. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Oleh itu, kata nafi yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "bukan". | Tatabahasa | 18.04.2014 |
Tolong beri jawapan tang betul: keping papan atau batang papan Terimakasih | Jawapan, keping papan. Alasannya ialah bentuk papan yang berkeping-keping. Contoh: Sekeping papan lapis. Lihat juga buku penjodoh bilangan yang terdapat di pasaran. T.kasih. | Lain-lain | 14.07.2008 |
Adakah nama "debam kuning" sesuai dipakai pd ikan spesies "Zebrasoma flavescens" yg disebut sbg "yellow tang" dlm bahasa Inggeris? Ikan ini berasal drpd keluarga Acanthuridae yg disebut sbg "debam" dlm bahasa Melayu. Ia juga mempunyai penampilan berwarna kuning, maka dgn itu dikenali sbg "debam kuning". | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies/kelompok zebrasoma flavescens belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Istilah | 30.05.2024 |
Petroleum berasal dari / daripada lapisan mineral yang termendap di bawah tanah. Apakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang sesuai ialah daripada. Petroleum berasal daripada lapisan mineral tang termendap di bawah tanah. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
apakah maksud linguistik deskriptif? | Saudari, Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal. Manakala deskriptif bermaksud keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran nyata tentang sesuatu perkara. | Makna | 30.08.2012 |
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
diftong: air, aiskrim, kaloi (diftong atau vokal berganding?) jika rujuk kepada Kamus Tatabahasa (ms301), "air" merupakan contoh diftong awalan. Namun penjelasan dalam webpage DBP, "air" bukan diftong. Begitu juga dengan "kaloi", adakah "kaloi" itu diftong. Buku teks BM SJK(C), kaloi merupakan diftong. Adakah terdapat senarai lengkap perkataan diftong? Sekian, segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Puan Tang | Air dan ais (ais krim) bukanlah diftong, sebaliknya vokal rangkap. Terdapat kesilapan dalam halaman 301, buku Tatabahasa Dewan dan maklumat ini akan diperbetulkan dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datan. Perkataan kaloi ialah diftong sama seperti amboi. | Tatabahasa | 20.01.2014 |