Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangan-tangan

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang

Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai per­setujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada ke­luarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan.

Lain-lain10.05.2009
Beg tangan itu_____ hasil hasil tangan dari negara Jepun. A. ialah B. adalah Jawapan mana satu yang betul. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: Beg tangan itu ialah hasil tangan dari negara Jepun.Tatabahasa25.05.2012
Salam sejahtera, * Semakan Istilah: Apakah istilah yang tepat untuk merujuk kepada tempat pegang, iaitu tempat untuk bergayut dalam kereta? * Apakah: galang tangan / sangkut tangan? * Contoh: Tangannya memegang kuat pada galang tangan sewaktu kereta itu membelok laju. Terima kasih.

Yang sesuai digunakan ialah galang tangan.

Lain-lain21.04.2009
Apakah maksud bekas tanganBekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulanEjaan09.08.2006
Salam, saya ingin bertanya tentang rangkai kata 'air tangan'?Adakah 'air tangan' itu merupakan rangkai kata biasa atau simpulan bahasa? Apakah kategorinya? Jika dalam perbualan sehari-hari, kita menyelitkan 'saya rindu akan masakan air tangan ibu'. Jadi, adakah perkataan yang digunakan itu salah? Dan apakah maksudnya? Terima kasih.Air tangan termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan.

Makna05.09.2013
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan?

Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang.

Tatabahasa18.05.2011
1) Apakah perbezaan penggunaan 'adalah' dan 'ialah'? 2) Adakah perkataan spt 'kraf tangan', 'rumah tangga', 'kaki tangan' dsb didekatkan atau dijarakkan. Cth: kaki tangan atau kakitangan. Ia dikira sbg satu atau dua perkataan?1. "Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 2. kakitangan, rumah tangga, kraf tangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa13.08.2009
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
Tulis tangan Nur Ain yang cantik dan kemas yang ditulisnya memudahkan gurunya menyemak jawapan. adakah tulis tangan salah dalam ayat ini? kertas tangan adakah lebih sesuai digunakan? TKJawapan yang betul ialah tulisan tangan, iaitu sesuatu yang ditulis.Tatabahasa26.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas