| maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu: Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 12.09.2017 |
| Bagi pernyataan berikut, manakah yang lebih tepat digunakan? semasa atau pada? 1. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. 2. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan semasa waktu malam. terima kasih. | Pengunaan yang betul ialah Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. | Tatabahasa | 14.06.2021 |
| 1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam” | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |
| Assalaamualaikum...saya ada soalan. 1. Saya menepuk tangan di bawah pentas. 2. Saya bertepuk tangan di bawah pentas. Manakah ayat yg betul? Atau boleh diterima kedua-duanya. Harap pihak tuan dpt memberikan penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan itu betul bergantung pada konteks penggunaannya. Jika menyatakan kegembiraan, perkataan yang betul ialah "bertepuk tangan" dan jika memukul tangan dengan perlahan, perkataan "menepuk tangan" yang sesuai digunakan. Ayat tuan tidak menjelaskan tujuan, bertepuk/menepuk tangan. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua perkataan tersebut manfaatkan carian kata di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
| Salam sejahtera. Yang mana satukah betul dan apakah sebab? 1. memegang buku di tangan 2. memegang buku di dalam tangan. 3. memegang buku pada tangan | Jawapan yang betul ialah "memegang buku menggunakan tangan" atau "memegang buku dengan menggunakan tangan". Merujuk Kamus Dewan Perdana, maksud “menggunakan” ialah melakukan atau mengerjakan sesuatu dengan (alat, senjata dan sebagainya), manakala maksud "dengan" pula ialah 2. kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dan lain-lain) atau alat dan sebagainya yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 711 dan 506. | Makna | 20.08.2025 |
| Salam sejahtera ! 1. Tangan Jeff luka akibat terkena barang yang tajam ketika membelah kelapa. Soalan ; Adakah ayat di atas betul ? Terima kasih. | Dari aspek tatabahasa, ayat ini betul. Dari aspek makna perkataan “barang” yang tajam kurang tepat dan boleh digantikan dengan “parang”. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
| Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
| Antara berikut, manakah ayat yang tepat: 1. Pilihan dalam tangan anda 2. Pilihan pada tangan anda 3. Pilihan di tangan anda | Ayat yang betul ialah "Pilihan di tangan anda." | Tatabahasa | 16.08.2022 |