Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, 1. Tanggungan vikarius 2. Liabiliti vikarius 3. Tanggungan beralih Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, perkataan yang digunakan ialah liabiliti vikarus yang digunakan dalam bidang undang-undang. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Liabiliti+vikarius&d=69812&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2018 |
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tq | Ayat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:" | Tatabahasa | 03.04.2015 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Dependent Information"? Konteks ini digunakan dalam borang di lapangan terbang. Terima kasih. | Dalam data kami, istilah dependent dipadankan sebagai tanggungan yang digunakan dalam bidang ekonomi. Cadangan kami bagi istilah dependent information ialah Maklumat Tanggungan jika bersesuaian dengan konsep yang hendak dinyatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2014 |
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasih | Ini bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya. | Tatabahasa | 07.08.2015 |
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. | Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami. Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga. | Istilah | 25.11.2014 |
Maksud Dependant dalam bahasa malaysia | Maksud dependant ialah tanggungan, kebergantungan atau sandaran bergantung pada konteks dan bidang. | Makna | 22.07.2010 |
berikan definisi lengkap insurans | Kamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia | Makna | 24.08.2007 |
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tq | Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. | Tatabahasa | 31.08.2015 |
Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini? | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu. | Lain-lain | 04.06.2014 |
Apakah nama syarikat? | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; | Lain-lain | 14.10.2009 |