| a) Sin Ling membuat tanglung ikan. b) Sin Ling membuat tanglung arnab. 1. Sin Ling membuat tanglung ikan dan arnab. 2. Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab. Jawapan 1 dan 2 di atas, yang mana betul? minta encik/puan beri pencerahan. terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Sin Ling membuat tanglung ikan dan tanglung arnab”. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan tanglung perlu diulang kerana merujuk jenis tanglung yang berbeza. | Tatabahasa | 06.10.2022 |
| Salam sejahtera. 1. Saya dan Ali bermain tanglung. / Ali dan saya bermain tanglung. Mana satu ayat betul? 2. Saya berenang di kolam. / Saya berenang di dalam kolam. Mana satu ayat betul? | 1. Bergantung kepada penegasan kepada Ali atau Saya. Kedua-duanya boleh guna. 2. Saya berenang di dalam kolam. | Tatabahasa | 25.05.2015 |
| Adakah "Pesta Ponggal" dan "Pesta Tanglung "dikehendaki huruf besar? | Perkataan "Pesta Ponggal dan Pesta Tanglung" dimulai dengan huruf besar di pangkal perkataan. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih | Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala Mid Autumn Festival di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan. | Lain-lain | 07.01.2021 |