Dalam bahasa inggeris,onomatopoeia bagi hentakan kaki adalah tip-tap-tap,rat-a-tat-tat & clip-clop.Apakah istilah yang tepat dalam bahasa melayu? | Untuk makluman puan, tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi hentakan kaki dalam bahasa Melayu. Ejaan perkataan bagi bunyi tersebut boleh disesuaikan mengikut kreativiti penulis. | Ejaan | 03.04.2022 |
Isitilah Bahasa Malaysia yang sesuai untuk 'bib tap' dan 'sink tap' | Padanan untuk bib tap dan sink tap ialah pili bebibir dan pili sinki. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Kami hendak mendapatkan pengesahan dari pihak DBP untuk penterjemahan berikut (versi Bahasa Inggeris sebulem Bahasa Melayu). Ini adalah untuk iklan pelanggan kami. Sila ambil perhatian bahawa VERSI 1 menggunakan perkataan 'tap' merujuk kepada tarian 'tap'. Kami memerlukan pengesahan secepat mungkin. Harap dapat maklum balas tuan/puan supaya iklan kami boleh kami bentangkan kepada pelanggan kami (pagi Isnin depan). Terima Kasih. VERSI 1: Just tap & save! It’s time to groove to more savings at the pump. ‘Tap’ aje & jimat! Kini tiba masanya untuk lebih penjimatan di pam petrol. VERSI 2: FAST CARD. BIG SAVINGS. It only takes a tap to save you 10% in petrol rebates! Kad pantas. Penjimatan besar. Hanya sentuh untuk mendapatkan penjimatan 10% dalam rebat petrol! | Kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan, terutamanya kaitan antara tarian tap dengan petrol, berkemungkinan jika dilampirkan visual lebih mudah untuk kami memahaminya. Sila kemukakan terus iklan tuan dalam domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", iaitu domain yang dibangunkan khusus untuk pengesahan iklan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2015 |
Selamat sejahtera. Berikut ini adalah contoh ayat dalam bahasa inggeris: "Tap for photo, hold for video". Saya ingin tahu apakah terjemahan ke bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan 'tap' mengikut konteks ayat tersebut? Terima kasih daun keladi. | Terjemahan yang sesuai bagi "Tap for photo, hold for video" ialah Sentuh untuk Tangkap Gambar, Tahan untuk Merakam Video | Makna | 01.02.2020 |
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih. | Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 02.12.2008 |
Apakah penggunaan kata yang sesuai untuk 'tap' bagi IT? Adakah 'ketik' atau 'tekan'? Contoh ayat: Tap to open the fail | Untuk mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi istilah berkenaan, mohon hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-21442506 atau 03-21424381. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2014 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'tap' (bahasa inggeris) ke bahasa melayu di bahagian komputer dan teknologi maklumat? Terima kasih daun keladi. | Mohon kemukakan takfiran perkataan tap bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.01.2020 |
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Tap add WI-FI button to find one" sesuai diterjemahkan kepada "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencari Wi-Fi" atau "Ketik butang tambah Wi-Fi untuk mencarinya"? Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi ayat tersebut ialah Ketik butang tambah untuk mencari Wi-Fi. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2018 |
Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an? | Puan Isme Azura, Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"? | tap-highlight-color: rgba(26, 26, 26, 0.292969); -webkit-composition-fill-color: rgba(175, 192, 227, 0.230469); -webkit-composition-frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: auto; "> tap-highlight-color: rgba(26, 26, 26, 0.292969); -webkit-composition-fill-color: rgba(175, 192, 227, 0.230469); -webkit-composition-frame-color: rgba(77, 128, 180, 0.230469); -webkit-text-size-adjust: none; background-color: rgba(255, 255, 255, 0); font-family: verdana, arial, helvetica, sans-serif; ">Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 26.11.2013 |