Istilah “ripening ferment” dalam contoh ayat ini dipadankan dengan “tapai matang”. Melalui semakan di PRPM istilah ini dipadankan sebagai “pematang fermentasi”. Apakah padanan yang sewajarnya bagi istilah dalam contoh ayat ini. “106. (2) Cheese may contain ripening ferments, harmless acid producing bacterial cultures, special mould cultures and may be coated with harmless wax or plastic. 106. (2) Keju boleh mengandungi tapai matang, kultur bakteria penghasil asid yang tidak berbahaya, kultura kulat khas dan boleh disaluti dengan lilin atau plastik tidak berbahaya.”. | Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "ripening ferment" ialah "pematang fermentasi". Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan "fermentasi" sebagai penapaian, iaitu gas yang dikeluarkan akibat tindak balas. Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "tapai matang" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut. Kamus Dewan juga merakamkan definisi "tapai", iaitu tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan seperti ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yang lebih ringkas. Terjemahan ini juga berdasarkan Peraturan Peraturan Makanan 1985 dan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 28.05.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan "kamir" | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Kamir ialah ragi untuk tapai dan lain-lain. Kamir juga bermaksud mengamir mengadun. Sila rujuk laman sesawang prpm.dbp.gov.my untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.01.2013 |