| Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih | 1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan. 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif. | Tatabahasa | 11.03.2013 |