Saya masih keliru dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan mengenai tapak binaan/tapak pembinaan. -Dalam maklum balas yang diberikan oleh pihak tuan pada 31/7/2012, pihak tuan mengatakan frasa "tapak binaan" yang betul tetapi maklum balas yang pihak tuan berikan pada soalan yang sama saya kemukan bertarikh 15/8/2012 mengatakan frasa "tapak pembinaan" yang betul. -Untuk kepastian sekali lagi, mana satu frasa yang betul?"Tapak binaan" atau "tapak pembinaan"?Terangkan perbezaan kedua-duanya sekali lagi agar saya tidak keliru lagi. | Frasa yang betul ialah tapak binaan dan frasa ini telah terakam dalam Kamus Dewan, lihat tapak+binaan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+binaan&d=1 untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Yang mana satu penggunaan frasa yang betul? Tapak binaan atau tapak pembinaan?Mengapa? | Tapak binaan kerana binaan ialah sesuatu yang dibina, manakala pembinaan ialah proses atau perihal membina. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Saya keliru dengan penggunaan perkataan "binaan" dan "pembinaan" Berdasarkan ayat di bawah apakah perkataan yang sesuai diisi pada ruangan kosongan di bawah? Wak Suparman bekerja di tapak________ sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya di Indonesia. Mana satu penggunaan frasa yang betul pada ruang kosong di atas?tapak binaan atau tapak pembinaan? | Binaan ialah bangunan yang dibina dan pembinaan ialah proses membina. Frasa yang betul ialah tapak pembinaan, iaitu kawasan yang sedang dalam proses membina. | Tatabahasa | 15.08.2012 |