Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), bersih hitam, tutup bumi, Elephantopus scaber; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar bintang yg bersegi enam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj binatang laut yg berbentuk spt bintang, Asterias rubens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Adakah DBP mempunyai maklumat etimologi bagi 'tapak sulaiman'? Saya tertanya mengapa starfish dalam Bahasa Melayu ialah tapak sulaiman.Wa alaikum salam,

Mohon maaf, pihak DBP tidak mempunyai maklumat etimologi tersebut. Adalah lebih baik jika pihak encik merujuk  pihak universiti/ fakulti/ para pengkaji yang membuat pengkhususan dalam cabang ilmu etimologi tersebut.
Lain-lain28.07.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas