Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pi] | تاڤي

Definisi : bp tetapi;bertapi-tapi memberi alasan utk menolak, berdalih, berhelah: tak usahlah ~, esok kau boleh pergi ke sekolah.tapian Mn tepian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapi

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(21)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
EK apa maksud? La tapi apa maksud? Iklan ini diMuar Johor sebelah kuil India.jalan Sisi

“Ek” dan “la tapi” merupakan dua bentuk slanga yang lazim digunakan dalam bahasa percakapan di negeri Johor. Perkataan “ek” biasanya digunakan dalam ayat tanya dan “la tapi” pula merupakan bentuk songsang kepada ayat yang mempunyai perkataan  “tetapi” atau “hanya”, bergantung pada konteks ayat tersebut. Iklan sebahagian daripada konteks rasmi dan hendaklah menggunakan bahasa Melayu standard. Untuk pengetahuan puan, iklan tersebut belum mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa28.05.2024
Tiada soalan, tapi nak minta bantuan. Tolong beri tajuk buku karya Prof Ungku Aziz tentang Pantun yang diterbitakan oleh DBP

Pantun dan kebijaksanaan akal budi MelayuUngku Abdul Aziz Ungku Abdul HamidDewan Bahasa dan Pustaka2011

 

Lain-lain14.09.2011
Tak, nak, tapi, saja, ni dan sebagainya dapat dinamakan perkataan kontot. Wajar atau tidak perkataan seperti ini digunakan (a) dalam karya sastera (b) tulisan di media massa seperti akhbar dan majalah terbitan DBP (c) terbitan kerajaan seperti pekeliling dan laporan tahunan?Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks dan media. Dalam terbitan rasmi seperti pekeliling, laporan, dokumen rasmi lain seperti akhbar dan terbitan DBP ini tidak digunakan.  Walau bagaimanapun dalam penulisan kreatif seperti novel,  dialog atau dalam bahan bercetak seperti poster bentuk seperti boleh digunakan bergantung pada tujuan dan sasaran penggunanya.Tatabahasa17.01.2009
Salam sejahtera, Bolehkah perkataan "tapi" digunakan pada permulaan ayat? Sebagai contoh, dalam penterjemahan sari kata, adakah penggunaan "tapi" boleh diterima di permulaan ayat? Terima kasih.Kata hubung tetapi tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kerana kata hubung tersebut bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Kata tapi digunakan dalam bahasa percakapan dan tidak digunakan dalam konteks rasmi.
Lain-lain03.07.2021
"Tapi bila ramai orang guna kemungkinan ada 'experience' (mengalami) dari segi capaian yang rendah." Saya ingin bertanya dengan kata hubung "tapi bila" betul tak digunakan dalam ayat di atas.Penggunaan perkataan dan ayat yang betul ialah: Tetapi apabila ramai orang menggunakannya, kemungkinan akan mengalami capaian yang rendah. Tatabahasa23.11.2021
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat.Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan.Tatabahasa22.08.2021
Makna dan Huaraian UKHWAH (jika salah ejaan, tapi bunyinya, yalah maksud saya). Contoh sdekumpulan pelajar dan individu dalam satu kumpulan agama yang memandang mulia sesama mereka, tapi orang lain endah tak endah saja, lebih jelas lagi orang lain tak islam seperti mereka.Ukhuwwah ialah kata Arab yang bermaksud persaudaraan, dalam konteks agama semuanya dianggap bersaudara atas dasar seagama, iaitu Islam.Makna08.08.2010
tolong bagi perkataan ringkas bagi ayat ( sama tapi tidak serupa) dalam industri?Sama bermaksud tidak berbeza atau berlainan sama ada rupa, keadaan, dan lain-lainnya, atau disebut juga serupa. "Sama tapi tidak serupa" sering diungkapkan untuk merujuk kepada objek/keadaan yang sama (dilihat secara luarannya) tetapi apabila diperhalusi masih ada yang tidak sama/serupa antara kedua-duanya dan tidak ada perkataan ringkas untuk merujuk keadaan tersebut.Makna04.03.2009
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya.Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri.Lain-lain28.04.2008
SAYA SUKA MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DIRI DAN NOVEL-NOVEL TAPI MALANGNYA SAYA SERING DI KETAWAKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERANA SUSUNAN AYAT, EJAAN DAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SALAH. KATA ORANG SERING MEMBACA ILMU PENUH DIDADA TAPI KENAPA SAYA BEGINI? :-(Untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu saudara, kami sarankan saudara banyak membaca buku-buku tentang bahasa, buku-buku motivasi dan novel pun boleh dibaca tetapi saudara hendaklah memilih buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang menghasilkan buku-buku berkualiti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas