adakah anda mendapat borang permohonan perkerjaan yang saya hantar | Sdr, Sekiranya sdr mengemukakan permohonan jawatan ke alamat sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar, Insyaallah permohonan tersebut telah kami terima dan kini dalam proses tapisan dan penilaian. Permohonan yang berjaya melepasi tapisan dan penilaian yang kini sedang dibuat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang surat daripada kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya. Semoga permohonan sdr termasuk dalam senarai calon yang berjaya. Amin. | Lain-lain | 28.06.2010 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga. | Lain-lain | 11.03.2008 |
SAYA INGIN TAHU MENGENAI KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH KERANA SAYA TELAH APPLY JAWATAN TERSEBUT. BOLEH KAH SAYA MENGETAHUI KEPUTUSANNYA. SAMA ADA SAYA LAYAK @ TIDAK ?? | Salam, Dimaklumkan kami sedang membuat tapisan akhir untuk memilih calon yang layak untuk dipanggil menduduki ujian pra perkhidmatan. Ujian tersebut dijadualkan akan diadakan pada akhir Februari 2008 ini. Sekiranya terpilih sdr akan dihubungi melalui telefon/surat dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |