Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ st on, (usu pass.) ditujukan kpd: propaganda ~ed on the nations youth, propaganda yg ditujukan kpd kaum belia negara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt; ~ st at, (usu pass.) ditujukan ke arah: enemy bombs ~ed at military installations, bom musuh yg ditujukan ke arah bangunan tentera; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. objective, matlamat: we have set ourselves a ~ of saving $100 a month, kami sendiri telah menetapkan matlamat kami utk menyimpan $100 sebulan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. object of verbal attack, sasaran: he became the main ~ of their abuse, dia menjadi sasaran utama caci-maki mereka; the parliamentary system has been the ~ for popular criticism, sistem berparlimen menjadi sasaran kritikan (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. town, building, etc aimed at, sasaran: Hiroshima was the ~ of the atomic bomb, Hiroshima ialah sasaran bom atom; the fort was within the main ~ area, kubu itu dlm kawasan sasaran utama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. card or board with circle aimed at in shooting practice, sasaran: he missed the ~ with his first shot, tembakannya yg pertama tdk mengenai sasaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata target


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'target' sudah dimelayukan?Dalam ungkapan umum dan kebanyakan bidang peristilahan, perkataan yang betul ialah sasaran. Perkataan target boleh digunakan dalam konteks ilmu, contohnya apabila membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan bidang ekonomi.Istilah19.12.2013
Minta bantuan bagi terjemahan ayat teknikal seperti berikut: Site Screening Level Site Specific Target Level Contoh ayat: 1)Site Screening Level for contaminated sites in Malaysia 2)In the event a site clean up is required, the responsible parties shall justify the Site-Specific Target Levels (SSTLs) that are protective of human health and ecological well beingKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan17.09.2015
Minta bantuan bagi istilah ' Site Screening Level' dan 'Site Specific Target Level' dalam bahasa melayu yang terkandung dalam buku Contaminated Land Management Guiidelines.Pihak saudara dimohon untuk memberikan konsep istilah tersebut dalam bidang khusus yang berkenaan. Namun begitu, cadangan awal yang dapat kami berikan: "Site Screening Level" = Tahap Saringan Tapak, "Site Spesific Target Level" = Tahap Sasaran Khusus Tapak.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2015
Permohonan di buat pada 23/7/2015 semua text dalam bahasa Inggeris memandangkan target market saya dari golongan expatrait /international yang berada dikawasan tersebut. (Seri Iskandar) Memandangkan saya telah mencetak iklan tersebut barulah saya di beritahu oleh pihak PBT saya perlu membuat penyemakan di DBP. Saya bimbang permohonan saya ditolak. Mohon kerjasama kerana target market saya adalah dari golongan international.Paparan awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di negara kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, sediakan juga padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu perkataan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dan keutamaan kepada bahasa kebangsaan termasuklah dari segi saiz dan kedudukannya. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Lain-lain23.07.2015
Site screening level bermaksud nilai saringan tapak atau tahap saringan tapak? yang mana lebih tepat? Site specific target level = nilai sasaran tapak khusus atau nilai sasaran khusus tapak atau tahap sasaran tapak khusus? mohon pandangan.Kami bersetuju dengan cadangan terjemahan yang berikut:
(i) Site screening level - tahap saringan tapak.
(ii) Site specific target level - tahap sasaran tapak khusus. 
Penyemakan dan penterjemahan18.09.2015
Perbezaan "kumpulan sasar" dan "kumpulan sasaran"Berdasarkan pangkalan data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk "target group" ialah kumpulan sasaran.Istilah02.02.2017
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "milestone payment". Maksud milestone payment: bayaran setelah mencapai sesuatu target/sasaran Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "milestone payment". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "progress payment" yang padanan bahasa Melayunya ialah pembayaran ikut kerja. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "milestone payment" ialah pembayaran ikut kerja atau pembayaran berdasarkan perkembangan.Istilah25.10.2012
Kalau saya nak buat iklan di hoarding banner, perlu ke bahasa yang digunakan mesti dalam BM? Sebab target customer saya kebanyakan MNC dan warga asing, kebanyakan mereka fasih dalam english saja.Untuk makluman tuan, paparan di tempat awam termasuklah iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, mesti ada padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris).Lain-lain28.09.2017
BUTIK KITA IALAH MENJUAL KASUT DAN PAKAIAN JENAMA DR.CARDIN. DC TRIBE IALAH 'TRADE NAME" BAGI BUTIK DR.CARDIN YANG MENJUAL BARANGAN YANG TARGET MARKET IALAH REMAJA.TUJUAN SAYA MERUJUK IALAH UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG BETUL DARI PIHAK DBP BAGI TUJUAN PERLESENAN.Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan bahasa, sila pilih domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain31.03.2014
Sebagai pendidik, saya sedang membuat satu program tentang kata kerja BM, bolehkah saya tahu tentang sekiranya saya ingin mengajar kata kerja, patut saya guna imbuhan bagi sesuatu kata kerja? Contohnya: - baca atau membaca? - ambil atau mengambil? my target audience is children of age of 3-9Dalam bahasa Melayu ada empat golongan kata termasuklah kata kerja. Apabila menyenaraikan kata kerja tidak perlu digunakan imbuhan, tetapi apabila menerangkan perbuatan berdasarkan konteks penggunaannya perlulah digunakan imbuhan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa05.06.2012
12345678910

Kembali ke atas