Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut? | Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama. | Lain-lain | 09.11.2008 |
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan.. | mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)
| Tatabahasa | 28.08.2012 |
Adakah tajuk surat ini betul "Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri & Tarikh Dan Masa Tutup Tender Tahun 2014" ? | Tajuk yang betul ialah - Jadual Tarikh Mesyuarat Lembaga Tender Pusat Negeri, Tarikh dan Masa Tutup Tender Tahun 2014. | Tatabahasa | 13.02.2014 |
1.Majlis itu ditunda ke tarikh yang baru. 2.Majlis itu ditunda kepada tarikh yang baru. 3.Majlis itu ditunda pada tarikh yang baru. Ayat manakah yang betul. | Ayat yang betul: Majlis itu ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian atau Majlis itu ditunda pada 25 November 2016. | Lain-lain | 26.10.2016 |
Tarikh diperlukan minggu ini. | Untuk urusan hak cipta karya DBP, kami mencadangkan puan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek DBP, Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479494 dan e-mel kamari2@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat tentang proses penerbitan, hubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479000/9534/9536; manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129. | Lain-lain | 10.05.2015 |
tarikh bila diperlukan: 16/04/2014 MEMOHON TERJEMAHAN BAGI PERKATAAN BERIKUT: MUSEUM COLLECTIONS MAKE CONNECTIONS | Untuk makluman, DBP tidak memberikan khidmat terjemahan. DBP hanya memberikan khidmat penyemakan perkataan dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu dan hantar kepada kami untuk pengesahan sama ada bahasa Melayu yang digunakan adalah betul atau tidak. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.04.2014 |
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datu | Soalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
tarikh berkhawin | Tarikh berkahwin? Soalan tidak jelas. | Tatabahasa | 29.12.2016 |
Tarikh berkhawin? | Tarikh berkahwin? Soalan tidak jelas. | Lain-lain | 29.12.2016 |
Bina ayat tanya bagi jawapan di bawah. Tarikh sambutan Hari Guru ialah pada 16 Mei. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? Atau Apakah tarikh sambutan Hari Guru? Mana satukah yang tepat? Terima kasih atas jawapan | Ayat yang betul ialah Bilakah tarikh sambutan Hari Guru? | Lain-lain | 13.08.2017 |