| Kenapa tarikh luput di Sijil Pengesahan Bahasa dalam jangka masa setahun? Bukan ikut tarikh promosi iklan? | Untuk makluman, tarikh luput Sijil Pengesahan Bahasa adalah dalam tempoh setahun dari tarikh pengesahan diterima. Hal ini bermakna, sijil tersebut boleh diguna pakai dalam tempoh setahun dan tidak perlu membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk visual iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sama dalam tempoh tersebut. | Lain-lain | 10.05.2021 |
| Berapakah lama alamat email yang dibuat akan aktif dalam web dewan bahasa dan pustaka? | Untuk makluman tuan/puan, alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk menggunakan perkhidmatan KNDBP tidak mempunyai tarikh luput dan boleh diaktifkan setiap masa. | Lain-lain | 06.05.2009 |
| Hi, would like to get your advice for the below translation. (Baked products are bread, cakes, cookies) All freshly baked products are best to consume within 36 hours from time of purchase, except items with expiry date. Semua produk yang baru dibakar adalah baik untuk dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. Thank you very much. | Semua produk yang baru dibakar boleh dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan. | Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher / papan putih 2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak 3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda / kolam ikan 4. peti ais / tanda harga / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak 5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya 7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring / hutan kubah 8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup muka / sut hazmat | Tatabahasa | 14.07.2020 |
| Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan. | 1. Makanan seimbang penting untuk kita. Penerangan: Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”. 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek. Penerangan: Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” . 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh. Penerangan: Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal. 4. Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau. Penerangan: Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek. | Tatabahasa | 15.03.2018 |