Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tas.lim] | تسليم

Definisi : Ar perihal menyerah diri kpd perintah Tuhan, kepatuhan kpd perintah Tuhan;mentaslimkan menyerahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tas.lim] | تسليم

Definisi : Ar pemberian hormat, peng­hor­matan, persalaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taslim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih

Salam,

Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik  Katalog Awam dalam Talian.  Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian.

Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan.  Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268).

Lain-lain26.01.2011

Kembali ke atas