Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
1) apakah tatacara penggunaan kata kerja diberi vs diberikan? 2) bilakah penggunaan kata sendi dibenarkan? cth: diberi kepada Ali atau diberikan kepada Ali? | Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Contoh: Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif) Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif) Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif) Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif) | Tatabahasa | 16.01.2014 |
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara? | Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): ritual kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual. kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik. upacara kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan; 2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan; 3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu. 4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung. Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut. | Lain-lain | 17.07.2023 |
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul" | Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”.1"> | Tatabahasa | 03.08.2018 |
Salam 1 Malaysia. 1. Persoalan tentang kata sendi nama "pada" dan "di". Ada sumber menyatakan bahawa "pada" hanya digunakan untuk waktu manakala "di" untuk tempat. Namun terdapat juga skema jawapan yang menggunakan "pada" untuk tempat. Mohon penjelasan tuan tentang tatacara penggunaan di dan pada. 2. Benarkah perkataan "pelibatan" lebih tepat berbanding "penglibatan". | 1. Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan - Tulis nama pada kertas ini Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. 2. Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi penglibatan juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan pelibatan.
| Tatabahasa | 17.06.2015 |
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahaja | Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut: (a) Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Atau (b) Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. | Tatabahasa | 08.03.2018 |
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~ Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan. | Lain-lain | 14.11.2018 |
Tatacara penulisan surat rasmi: 1. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas; atau 2. Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas mohon pencerahan. terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas. | Tatabahasa | 17.03.2021 |
1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil? | Wassalam, Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 02.02.2018 |