Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.tah] | تاته

Definisi : Jw pahat; menatah memahat; tatahan hasil memahat, pahatan; ~ negara ark corak dan susunan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tah] | تاته

Definisi : ~ mutia barang kemas yg dihiasi dgn permata dll; bertatah, bertatahkan sl dihiasi dgn per-mata, berhias dgn permata dll: maka diberi baginda persalin pakaian keemasan ber-tatahkan ratna mutu manikam; menatah sl menghiasi dgn (permata, intan, dll), mengikat (memasang) permata dll pd: maka terkembanglah payung kerajaan yg kekuningan berumbaikan emas dikarang ditatah dgn intan pudi manikam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tah] | تاته

Definisi : Mn tatih;tatah-tatah belajar berjalan (kanak-kanak), bertatih-tatih;menatah berjalan (kanak-kanak), menatih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.tah] | تاته

Definisi : ; bertatah terdapat sesuatu sbg hiasan; berhias. bertatahkan berhias dgn (permata dll): Maka diberi baginda persalinan pakaian keemasan ~ ratna mutu manikam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya terjemahan untuk Pyramid Stud bagi perincian mengenai batu yang menatah pada gelang seperti dalam lampiran. terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus "pyramid stud" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "gold stud", iaitu tatah emas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tatah batu permata berbentuk piramid.Istilah18.07.2013

Kembali ke atas