| Apakah maksud bagi perkataan tatakelola? Apakah ejaan yang betul iaitu tata kelola atau tatakelola? | Tatakelola bermaksud tadbir urus jika padanan bahasa Inggerisnya governance. Kata tatakelola dieja rapat sama seperti kata yang berawalan tata- yang lain seperti tatacara, tatanegara dan tatahukum. Untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan sesuatu kata, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 17.07.2023 |
| Mohon pencerahan. Sy cek dalam website tiada perkataan tatakelola.. kelola ada Tata kelola jarak atau sambung tatakelola Kalau tatabahasa rapat Dalam kamus indonesia ada tatakelola Adakah ia perkataan baharu? | Padanan bagi kata governance dalam bahasa Melayu ialah tadbir urus. Kata tatakelola banyak digunakan dalam penulisan dalam bahasa Indonesia, khususnya dalam bidang pengurusan. Kata tatakelola dieja rapat seperti kata tatabahasa dan tatasusila. Benar, kata tatakelola ini ialah kata baharu dalam bahasa Melayu dan masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. | Lain-lain | 12.09.2023 |
| Boleh bagi penerangan antara tatakelola dan karenah birokrasi | Tatakelola atau tadbir urus bermaksud pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yg ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan. Kerenah birokrasi pula bermaksud proses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang terpaksa melalui pelbagai peringkat kelulusan dan mengambil masa yang sangat lama, sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my.
| Makna | 19.08.2025 |