Tuan, saya sekali lagi menghantar tanyaan yang bertajuk Kebingungan = Berasa Bingung dalam WordPad kerana terdapat tambah dan pembetulan. Sila tuan tatap soal saya lalu mengiktiraf kupasan saya. | Tuan, tidak semua kata adjektif yang diberi apitan ke-..an boleh diletakkan pada ayat yang sama. Orang ramai kebingungan. (betul) Orang ramai keletihan (betul) Orang ramai kegembiraan (salah) Orang ramai melompat kegembiraan (betul) | Tatabahasa | 23.12.2016 |
Tuan DBP, "berteras pada aturan bahasa" atau "berteras kepada aturan bahasa" frasa yang betul? Sendi nama "pada" atau "kepada" yang harus digunakan di depan kata atau frasa nama bayangan (abstrak) seperti "aturan bahasa"? Pinta tuan tatap dan jawab soal saya yang diisikan dalam WordPad. Soal saya berbentuk surat yang dihantar kepada Dr. Awang Sariyan untuk dijawab. Tetapi, saya juga meminta tuan DBP menerangkan soal ini agar kelak saya tidak menggunakan bentuk frasa yang salah. Terima kasih. | Lampiran yang digunakan tidak boleh dibuka. Mengikut rumus tatabahasa, ayat yang betul ialah "berteras pada aturan bahasa". Kami amat menghargai soalan yang dikemukakan oleh setiap pelanggan dan sukacita kami memaklumkan jika soalan itu boleh menimbulkan perdebatan, maka pegangan kami ialah rumus tatabahasa. | Tatabahasa | 09.11.2016 |
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan. | Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul. | Tatabahasa | 16.12.2016 |
1. Hadiah itu dibeli oleh saya untuk dihadiahkan kepada ibu sempena hari lahirnya. 2. Lukisa itu ditatap oleh kami dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik. Soalan saya: Adakah penggunaan kata sendi nama 'oleh' dalam ayat-ayat di atas itu betul? Tolong beri penjelasan.terima kasih. | Kedua-dua ayat pasif yang diberikan tidak betul. Ayat pasif yang betul seperti yang berikut: (1) Hadiah itu saya belikan untuk ibu bersempena dengan hari lahirnya. (2) Lukisan itu kami tatap dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik. Penggunaan oleh dalam ayat pasif yang diberikan salah kerana ‘saya’ dan ‘kami’ ialah kata ganti nama diri orang pertama. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berbeza (sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 491). | Tatabahasa | 05.09.2018 |