Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi, disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ta.ter.tib] | تاتاترتيب

Definisi : peraturan yg mesti dipatuhi; disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tatatertib


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tatatertib adakah jarak atau rapat ejaannyaEjaan yang betul - tatatertibEjaan30.09.2008
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH.Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan.  Ejaan24.10.2008
Salam, adakah perkataan seperti 'tatacara', 'tatatertib', 'tatarakyat' dan 'tatabahasa' boleh dikategorikan sebagai kata majmuk? Terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tata merupakan awalan kata nama sama seperti maha, juru, pra, supra dan lain-lain. Bentuk awalan tata-digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan.

Perkataan tatatertib, tatarakyat dan tatabahasa bukan kata majmuk. Kata majmuk dieja secara terpisah dan hanya bentuk yang mantap dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut.
Tatabahasa30.04.2013
apakah mksd disiplin????bagi seertiDisiplin ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib.Makna04.04.2009
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara berikut: 1.Bagaimana perkataan "terhadap" perlu digunakan: Jabatannya telah mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. (Adakah ayat ini betul)? Sikapnya terhadap pembelajran bahasa adalah terlalu negatif. (adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?). 2. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menambahbaikkan sitem pendidikan negara. (adakah ayat ini betul?) 3. Baru-baru ini adik saya telah menerima tawaran yang menarik daripada syarikat itu. (betul?) Sekian, terima kasih. Peter Johnson peterj@streamyx.comKata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda. Penggunaan kata sendi terhadap dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat (2) dan (3) betul.Tatabahasa15.05.2008
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSABudi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain30.03.2009
sila beri maklumat tentang budi bahasa dan aplikasi dalam masyarakat(intraksi masyarakat).berikan contoh-contohnya dalam bentuk gambaran kartun atau pun artikel.Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Makna19.08.2006
maksud perkataan masalah disiplin

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud masalah ialah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Disiplin pula ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku yang berkaitan.

Makna07.09.2008
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih.Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka.Lain-lain03.03.2009
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis.Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih.Lain-lain03.03.2007

Kembali ke atas