assalamualaikum tuan/puan. saya ingin bertanya soalan mengenai perkataan TAHU atau TAU. bolehkah perkataan TAU digunakan kerana maksudnya juga seerti dengan TAHU. sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa pasar bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa pasar. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
assalamualaikum tuan/puan. "Cepat balik tau...nanti ibu kau bising." tuan/puan, adakah perkataan tau dalam dialog di atas boleh digunakan dalam penulisan novel? (saya jumpa dialog di atas di dalam sebuah novel remaja.) sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa percakapan bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa percakapan. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Assalamualaikum. Yang mana ejaan yang betul? (a) Taufufa (b) Taufufah (c) Taufu fa (d) Taufu fah Terima kasih. | TAU FU FAA MERUPAKAN NAMA SEJENIS MAKANAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. NAMUN, PERKATAAN TAU FU FA BELUM ADA DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
Nak tau terjemahan "shortlisted" dalam BM | 'Shortlisted' ialah disenarai pendekkan. | Makna | 25.02.2008 |
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak? | Assalamualaikum, Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman. | Lain-lain | 07.01.2013 |
saya nk tau perkataan lain / maksud bagi 1) urat saraf 2) hampir sama 3) tidak tinggi 4) tempat sampah | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menjawab soalan-soalan yang berbentuk teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 09.06.2010 |
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tq | Perkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun. | Tatabahasa | 16.03.2010 |
saya ingin tau maksud BUSKER. | Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Mungkin kesalahan ejaan. Sila pastikan ejaan betul. | Lain-lain | 29.04.2009 |
assalamualaikum.. saya nak tau apakah perbezaan antara peribahasa dan pepatah? dan nyatakan sekali contoh2 yang boleh memahamkan diri saya.. | Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, atau kadangkala dikenali sebagai bidalan atau pepatah. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Assalamualaikum..saya nak tau ape maksud "mutual" dengan lebih jelas..terima kasih... | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud mutual ialah adj 1. shared (feeling, emotion, etc) perasaan saling: their ~ affection, perasaan saling sayang-menyayangi; ~ respect and understanding, perasaan saling hormat menghormati dan faham memahami; 2. equally share by each one, bersama: our ~acquaintance, kawan kita bersama; to our ~ advantage, utk kebaikan kita bersama; ~ hobbies, minat bersama; 3. (of people) having same specified relationship to each other, saling, sama-sama: they are ~ friends, mereka saling berkawan. | Makna | 03.08.2010 |