tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tq | Pada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan. | Tatabahasa | 22.01.2012 |
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 2. Pemboleh-pemboleh ubah 3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan 4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7. Bahan toksik 8. Meramalkan taufan | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar? | Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan. | Tatabahasa | 22.07.2011 |