Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah kata sendi nama di diulang dalam ayat yang berikut: Hujan berlaku di Kota Kinabalu, di Tawau, dan di Kudat. atau cukup digunakan satu di sahaja : Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau, dan Kudat. Mohon diberikan penjelasan. Terima kasih.Dalam contoh yang diberikan kata sendi tidak perlu diulang, cukup sekadar ditulis sekali sahaja; Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat.Tatabahasa04.02.2008
Muhammad Z Nurdin FRI 13:43 Adakah dibenarkan penggunaan Yang Mulia kepada Ahli Majlis Perbandaran? Berlaku di Tawau, SabahUntuk makluman, mengikut Kamus Dewan, Yang Mulia merupakan rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu sahaja.Lain-lain17.02.2017
Mohammad Ali Hj Ngali MON 8:43AM Mohammad Ali Hj Ngali Mohammad Ali Hj Salam sehati sejiwa.. persatuan kami ingin bekerjasama..dan ingin terlibat pada hari pelancaran bulan kebangsaan 2016 yang akan diadakan di Tawau.Kami amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak yang berwenang dalam hal sambutan bulan kebangsaan. Untuk sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di DBP Cawangan Sabah melalui alamat: Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-439 314.Lain-lain26.09.2016
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba.

1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah.

2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang.

3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan.

4.a. Ayat tidak lengkap

b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul

d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan.

e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera.

f. Ayat ini betul.

g. Ayat ini salah dan mengelirukan.

Tatabahasa13.07.2010

Kembali ke atas