Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. accuse, charge, menuduh: the manager ~ed him with taking cash from the drawer, pengurus itu menuduhnya mengambil wang tunai dr laci itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. put a burden or strain on (endurance etc) memeras: this mathematical problem really ~es my brain, soalan matematik ini betul-betul memeras otak saya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be a ~ on o’s patience, membuat sso hilang sabar: her continuous chatter is a ~ on my patience, celotehnya yg tdk henti-henti itu membuat saya hilang sabar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be a ~ on so., menjadi beban kpd sso: I don’t want to be a ~ on my children in my old age, saya tdk mahu menjadi beban kpd anak-anak semasa saya tua; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. heavy demand, burden, beban; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 1. money one pays to the government, cukai: a ~ on imported vehicles, cukai thdp kenderaan yg diimport; he paid $1,500 in income ~, dia membayar cukai pendapatan sebanyak $1,500; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. levy a tax on, mencukai, mengenakan cukai (thdp): imported goods are highly ~ed, barang-barang import dicukai dgn tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. require (a person, organization) to pay a tax, mencukai: the government will ~ those whose income exceeds this amount, kerajaan akan mencukai sesiapa yg berpendapatan lebih drpd jumlah ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tax


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin mendapatkan kepastian bagi istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk perkataan "tax buoyancy": Tax buoyancy mengukur sejauh mana hasil cukai berubah seiring dengan perubahan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sekiranya nisbah tax buoyancy bersamaan dengan 1, ini bemaksud peningkatan hasil cukai berkadaran dengan peningkatan KDNK. Sekiranya nisbah melebihi 1, ini bermaksud peningkatan hasil cukai adalah lebih baik daripada peningkatan KDNK, menggambarkan dasar percukaian kerajaan yang efektif dalam kutipan hasil cukai.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi tax buoyancy ialah cukai apunganMakna17.10.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax disk"? Sumber maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Tax_disk Terima kasih.Dalam konteks negara kita tax disc ialah road tax atau padanannya ialah Cukai Jalan. Sila sesuaikan terjemahan tersebut dengan konteks yang diperlukan sama ada bahasa sumber atau bahasa sasaran.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England?Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan.Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
apakah terjemahan yang sesuai untuk Applicable TaxTerjemahan dalam bahasa Melayu untuk "Applicable Tax" ialah "Cukai yang Dikenakan".Istilah16.03.2021
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "tax office"? Adakah konteks itu harus diterjemahkan sebagai "cukai pejabat" atau "pejabat cukai"? Terima kasih.Berdasarkan konteks, jika  merujuk pejabat itu sendiri maka terjemahan yang sesuai ialah  Pejabat Cukai, tetapi jika merujuk jenis cukai maka terjemahan yang persis ialah Cukai Pejabat.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas
2. Warm glow  - Sinaran Hangat/Panas
3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin
4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat
5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat
6. Governing law -  Undang-Undang Pemerintah
7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir
Terima kasih.
Makna04.09.2020
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan perkataan "Chartered" di dalam bahasa. Adakah berkanun atau bertauliah? Untuk makluman, syarikat saya merupakan salah satu badan profesional dan baru menukar nama kepada "Chartered Tax Institute of Malaysia". Oleh itu, saya berharap maklum balas dari pihak Dewan Bahasa, apakah nama yang sesuai untuk syarikat di dalam bahasa?Sekian, terima kasih.

Saudara Emma,

Cadangan bahasa Melayu bagi nama tersebut ialah Institut Cukai Bertauliah Malaysia.

Istilah09.07.2009
Salam, Saya ingin meminta pencerahan mengenai perkataan, sekaligus, adakah ianya sekali gus atau sekaligus? Kalau jarak, boleh minta pencerahan tentang mengapa ia dijarakkan? Jika tengok maksud yang diberikan oleh dbp mengenai lumpsum tax - cukai sekaligus, ianya rapat. Maaf, sebab terdapat kekeliruan di sini.Ejaan yang betul ialah "sekali gus" kerana perkataan sekali dan gus mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum ini ejaan tersebut dieja rapat. Oleh itu, istilah yang telah lama dikeluarkan mengekalkan ejaan lama, iaitu sekaligus. Kami memohon maaf atas kekeliruan ini.Ejaan11.01.2022
Sama ada yang betul adalah "apa-apa barang-barang" atau "apa-apa barang". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Bagaimana pula dengan perkataan "disifatkan" dalam ayat di bawah ini, "disifatkan sebagai" atau "disifatkan termasuk". Bagaimanakah perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini. Price deemed to include tax 12. (1) Where in any advertisement the price of any goods or services is quoted, such price shall, unless the contrary appears, be deemed to include all eligible government taxes and duties and any other charges. 12. (1) Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain.Barang atau barangan bermaksud benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan. Oleh yang demikian, frasa "apa-apa barang" sudah betul manakala "apa-apa barang-barang" menunjukkan lewah bahasa. Dalam konteks contoh ayat yang diberikan, perkataan "disifatkan termasuk" lebih sesuai digunakan berdasarkan padanan kata bahasa Inggeris "be deemed to include".Lain-lain30.07.2021

Kembali ke atas