Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep tuberkulosis (penyakit batuk kering), tibi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi terbium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESENSila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding.

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan.
Tatabahasa12.06.2013
Assalamualaikum... Mohon Semakan Adakah Papan Tanda Ini Boleh Diguna pakai Untuk restoran Saya?sekiranya Tidak Lulus sila nyatakan apakah yang perlu diubah...sekian,terima kasih...Sila pinda H/P: 011... kepada TB: 011..., setelah dibuat pembetulan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain30.09.2015
Assalamualaikum...Di sini saya sertakan lakaran visual untuk papan tanda restoran yang akan saya gunakan..Mohon pengesahan Pihak Tuan adakah ianya memenuhi syarat yang membolehkan saya menggunakan lakaran visual ini...terima kasih..Sila pinda H/P kepada TB. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain23.09.2015
Mengendai e-mel yang dibalaskan Salam sejahtera Koh Wei Yean, Soalan : Untuk pengetahuan anda, permohonan lesen perniagaan dan iklan memerlukan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa. Visual papan iklan telah dilampirkan dalam file. Ukurannya ialah 20' x 3', bercahaya. Bilangan Unit : 1 Bilangan Muka : 1 Lokasi pemasangan papan iklan : Depan kedai Jawapan : Pembetulan: 1. PUSAT HIASAN DALAMAN 2. TEL. (mesti ada titik) 3. TB 4. E-mel Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Berikut fail yang dilampirkan adalah pembetulan selanjutnya. Minta jelasan untuk pembetulan 3. ( TB) maksudnya?Satu pembetulan lagi belum dibuat: H/P dipinda kepada TB. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain25.06.2015
Untuk pengetahuan anda, permohonan lesen perniagaan dan iklan memerlukan kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dari segi tatabahasa. Visual papan iklan telah dilampirkan dalam file. Ukurannya ialah 20' x 3', bercahaya. Bilangan Unit : 1 Bilangan Muka : 1 Lokasi pemasangan papan iklan : Depan kedaiPembetulan:
1. PUSAT HIASAN DALAMAN
2. TEL. (mesti ada titik) 
3. TB
4. E-mel
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa24.06.2015
permohonan khidmat nasihat pembetulan ayat. saya sediakan lampiran di bawah.Tuan boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui dbpsahbahasa.gov.my. Dalam lampiran tuan, terdapat kesalahan bahasa dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:
1. JURU KIMPAL (pembetulan: JURUKIMPAL)
2. Tawaran gaji & elaun yang menarik disediakan (pembetulan: Tawaran gaji dan elaun yang menarik disediakan)
3. hp (pembetulan: TB)
4. OFFICE (Pembetulan: PEJABAT: ) 
Lain-lain06.07.2017

Kembali ke atas