Salam sejahtera, Soalan saya adalah berikut. Mengapakah kata nama khas Hari Guru tidak digandakan menjadi Hari Guru-guru. Sepertimana dlm bh Inggeris Teachers' day yakni perkataan teachers telah digandakan utk menandakan jamak. Berbeza dgn Hari Ibu, kita menyambut hari itu khas utk seorang ibu tetapi hari guru selalunya sambutan utk para guru yang dikenali. Adakah salah dari segi tatabahasa jika hari guru dinamakan sbg Hari guru-guru? | Penambahan huruf "s" dalam bahasa Inggeis mempunyai pelbagai makna, iaitu: a) menunjukkan bilangan lebih daripada satu ("plural") b) menunjukkan perbuatan lazim ("present tense") bagi objek "singular". c) menunjukkan kepunyaan Berdasarkan soalan tersebut, penggunaan huruf "s" dalam frasa "Happy Teachers' Day" bukan bermaksud jamak ("plural") tetapi bermaksud "kepunyaan". | Lain-lain | 21.05.2022 |
terjemahan bagi TEACHERS IN-HOUSE TRAINING | Latihan Dalaman Guru | Makna | 18.11.2007 |
Kelulusan Teks Guru membentuk semua profesion menjadi kenyataan teachers make all other professions possible | Jawapan Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Teachers make all other professions possible" adalah seperti yang berikut: 1. Guru merealisasikan semua profesion 2. Guru menjadikan semua profesion satu kenyataan 3. Guru menghasilkan semua profesion. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
The Theoretical Model is a multi-levelled model. Incorporated in the first level are the three key aspects most expected to impact on teachers’ relationships with students: Connectedness, Availability and Communication. The second level of the model features the expected mechanisms by which the key aspects were expected to be demonstrated by teachers as they relate with the students in their classes. Teachers who demonstrated the expected mechanisms were seen to be working towards achieving the key aspects in their relationships with students. | Soalan saudara tidak jelas. Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa menangani masalah penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa, penyemakan bahasa, penyelidikan bahasa, kegiatan pengembangan bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 23.02.2011 |
Saya ingin ayat di bawah dalam bahasa melayu 1) computational thinking 2) secondary school champion teachers Lecturer saya ingin jawapan bertulis dari DBP sebagai bukti ayat english ini di tukar kepada bahasa Melayu.. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". Kami mencadangkan secondary school champion teachers diterjemahkan sebagai "guru cemerlang sekolah menengah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
Mohon berikan terjemahan yang tepat bagi istilah "Teachers Sense of Academic Optimism". Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Teacher's Sense of Academic Optimism" dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep istilah tersebut dan kami akan mengemukakannya kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 26.07.2016 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya dengan pihak DBP mengenai terjemahan yang mempunyai kata jamak dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, saya terjemahkan 'intermediaries' kepada 'para perantara' dan 'teachers' kepada 'para guru'. Adakah hal ini dibolehkan? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Tidak semua perkataan dalam bahasa Melayu perlu diberikan penanda jamak seperti bahasa sumber kerana unsur jamak boleh diketahui melalui konteks penggunaannya. Contohnya, seminar tersebut dihadiri oleh guru, sudah pasti seminar tersebut dihadiri oleh para guru. | Tatabahasa | 16.01.2018 |
Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan 2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan 3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan 4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem 5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.06.2021 |