Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan istilah "HOSPITAL PENGAJAR", contohnya Hospital Pengajar UPM (sila lihat: http://www.medic.upm.edu.my/awani_hpupm). Adakah istilah ini betul dan sesuai untuk digunakan untuk membawa maksud "TEACHING HOSPITAL"? Jika disemak daftar istilah MABBIM (DBP), istilah yang bersesuaian dengan "teaching hospital" ialah "hospital pengajaran". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "teaching hospital" ialah hospital pendidikan atau hospital pengajaran. | Istilah | 26.04.2016 |
Apakah terjemahan tepat bagi "International Teaching Centre" ? Pusat Pengajaran Antarabangsa atau Pusat Mengajar Antarabangsa? | Terjemahan yang tepat ialah “Pusat Pengajaran Antarabangsa”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2014 |
Saya ingin mendapatkan bantuan istilah yang boleh digunakan dalam bahasa melayu untuk (1) scaffolding argumentation in the classroom (2) soft science (3) scaffolding in teaching and learning process Sekian terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep: a) scaffolding argumentation in the classroom = Hujahan sokongan di dalam kelas b) soft sciences = Ilmu Sains Ringan c) scaffolding in teaching and learning process = Sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran | Penyemakan dan penterjemahan | 06.02.2017 |
Salam sejahtera, Mohon pandangan tentang terjemahan berikut: Many contemporary reforms call for content-rich, learner-centered teaching, which emphasizes conceptual understanding and gives all students opportunities to think critically, solve problems, and learn things that matter to them and having meaning in the world outside of school. Banyak reformasi dalam pendidikan menuntut pengajaran yang kaya isi kandungan dan berpusatkan pelajar, di samping menekankan pemahaman konseptual dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan mempelajari perkara yang penting dan bermakna bagi mereka di dunia luar daripada sekolah. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Kebanyakan reformasi dalam pendidikan menuntut pengajaran yang kaya dengan isi kandungan dan berpusatkan pelajar, di samping menekankan pemahaman konseptual dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan mempelajari perkara yang penting dan bermakna bagi mereka di dunia luar daripada sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2016 |
지현경 Hi, I`m HyeonKyeong who is korea's sookmyung women's university's student. (http://www.sookmyung.ac.kr/index.jsp) This summer(17, july), by my school's global teaching programme i'm going to malaysia with my team to study the status of korean because i heard that you've been korea to make the korean- malaysian / malaysian- korean dictionary. So we want to visit Dewan Bahasa danPustaca in kualalumpur. I want to ask you we can visit there that day?? And we gonna go there by get a scholarship so the date can be moved. Therefore the date can be earlier or later a week than i told. If you permit it, then i can tell you the exact date. My e-mail address is "ekffur25@naver.com", if can pls answer me. Thank you. | Sila hubungi: Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. E-mel razali@dbp.gov.my atau hasma@dbp.gov.my. | Lain-lain | 25.05.2014 |
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih | Tahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. | Lain-lain | 19.03.2008 |
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih. | 1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul. 2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "state of the art". Terima kasih | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat dua padanan untuk state-of-the-art, iaitu 1. terkini 2. tahap pencapaian. Contohnya, padanan bahasa Melayu untuk state-of-the-art teaching method ialah kaedah pengajaran terkini. | Istilah | 07.04.2011 |
Standard, stor, kompleks, konkrit berasal dari bahasa inggeris, phonic inggeris kr, st.... ialah consonant blends. Kenapa konkrit dalam jelasan DBP ialah dipisahkan oleh n,k , kalau ikut bahasa inggeris sepatutnya ialah kr. adakah konsonan bergabung sama dengan bahasa inggeris consonant blends saya amat keliru. http://blog.maketaketeach.com/teaching-blends-and-digraphs/#_ | Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 14.05.2014 |
Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan 2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan 3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan 4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem 5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.06.2021 |