TECHNICAL BREACH | PELANGGAN TEKNIKAL | Istilah | 25.02.2011 |
Adakah penggunaan perkataan 'pada' betul dalam perenggan ini ? Keperluan teknikal bagi pembangunan Portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENT | Penggunaan kata sendi nama pada dalam ayat adalah betul. Keperluan teknikal bagi pembangunan portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENT | Tatabahasa | 27.12.2014 |
apakah yang dimaksudkan dengan pembentukan istilah? | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yg khusus yg terdapat dlm sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yg tepat bagi konteks bidangnya. Manakala pembentukan istilah meliputi kerja-kerja membina istilah iaitu pemilihan kata atau frasa drpd perbendaharaan yg sedia ada dlm bahasa Melayuberdasarkan syarat-syarat tertentu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Makna | 06.08.2007 |
assalamualaikum, tuan, Kolej kemahiran Mara Tinggi Kuantan bakal mengadakan hari perasmiaan pd pertengahan bulan ini. setelah menggunakan khidmat pengesahan bahasa dewan dan pustaka pihak kolej mendapati beberapa nama Am seperti 'Festival IOEEE 2016' dan 'pelancaran mobile technical service (MTS)' telah dipersetujui oleh pihak MARA. Pihak kolej tidak dapat membuat pembetulan pada bahagian nama-nama tersebut. persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kami bagi mendapatkan kelulusan pengesahan dewan bahasa dan pustaka tanpa mengubah kedua-dua nama tersebut? kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. sekian, terima kasih | Sila kemas kini permohonan tuan dalam portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan nyatakan bahawa perkataan tersebut ialah nama khas untuk makluman penyemak permohonan. | Lain-lain | 06.10.2016 |
Kenapa susah sangat nak angkat call???!!! Ada orang kerja ke x?! Saya dah call Customer Service 03-2147 9000 tak dapat, Call pengawai pon sama 03-2147 9692 03-2147 9691 03-2147 9108 call bahagian technical pon sama 03-2147 9389 (Saufi) 03-2147 9377 (Pn Rajavi) Call saya semula! 019-3366 819 | Pihak kami memohon maaf kerana pada tarikh tersebut Bahagian kami sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian. Tiada pegawai di tempat ketika itu. Itu sebabnya panggilan puan tidak berjawab. Pihak kami akan cuba menghubungi puan semula. Terima kasih. | Lain-lain | 30.08.2016 |
Salam sejahtera kepada admin, saya mohon penjelasan mengenai makna/tafsiran perkataan berikut : 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employbility Selain menerangkan perbezaan ketiga tiga istileh tersebut, mohon contoh dalam penggunaan ayat yang tepat. jika dikaitkan dengan kemahiran insaniah/softskills dan technical skills istilah mana yang paling tepat digunakan.. mohon pencerahan dalam laras bahasa ekonomi Sekian terima kasih. | 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employability Ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana yang berkaitan dengan konteks ekonomi, sosial dan pendidikan. Walau bagaimanapun tidak ada maklumat rinci tentang ketiga-tiga perkataan yang tersebut. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
Selamat pagi, pertanyaan saya berbunyi begini. Penggunaan singkatan atau akronim ( UKM, SPRM, TVET). Bagaimanakan penggunaan singkata atau akronim yang betul bagi mencetak sepanduk atau kain rentang yang betu? Adakah boleh terus dengan sinkatan atau akronim atau perlu menulis sepenuh ayat kemudian singkatan atau akronim ditulis dalam kurungan cth: TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAININ (TVET). Sekian terima kasih | Bagi sepanduk atau kain rentang, singkatan atau akronim rasmi sesebuah institusi itu boleh digunakan (contoh: UKM, SPRM, DBP). Walau bagaimanapun, untuk singkatan TVET, perlu dinyatakan nama bahasa Melayu terlebih dahulu, iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). | Tatabahasa | 14.11.2019 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih | Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti. 2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it: Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini. | Makna | 21.09.2022 |
Dalam dokumen rasmi kerajaan perlukah perkara berikut di-italic kan atau tidak? 1. Nama projek atau inisiatif dalam KKM : Online Healthcare Services Regulatory Lab 2. Nama dokumen garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM : Guideline for Online Healthcare Services In the Ministry of Health Regulatory Lab 3. Nama dokumen seperti di (2) yang telah dipendekkan : OHS RegLab Guideline 4. Nama jawatankuasa atau majlis dalam KKM : Jawatankuasa Technical Working Group Online Healthcare Services, Malaysian Medical Council 5. Singkatan bagi nama khas, contohnya nama majlis dalam Bahasa Inggeris: a. MMC (iaitu kependekkan bagi Malaysian Medical Council). b. Nama dokumen, contohnya Dokumen Terma dan Syarat (terms and conditions): Dokumen T&C. Terima kasih | Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.09.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing). | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu. | Istilah | 27.12.2018 |