Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n teknologi: advances in modern ~, kemajuan dlm teknologi moden; computer ~, teknologi komputer. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata technology


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan definisi "technology foresight" di bawah, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Technology Foresight"? "Technology Foresight is a process for bringing together scientists, engineers, industrialists, Government officials and others to identify areas of strategic research and the emerging technologies likely to yield the greatest economic and social benefit."Istilah technology Foresight masih belum ada dalam pangkalan data kami, berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Teknologi Masa DepanMakna17.06.2019
MNF INTERGRETED TECHNOLOGYSalam sejahtera,

Untuk memohon semakan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.05.2018
Wearable technology dalam bahasa Melayu adakah "Peranti boleh pakai" atau "peranti boleh dipakai"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wearable technology" ialah peranti boleh pakai atau alat boleh pakai.Istilah26.08.2016
Mohon bantuan untuk terjemahan jabatan "recycling & waste treatment technology"Tidak ada padanan recycling and waste treatment technology dalam pangkalan data kami. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "teknologi kitar semula dan rawatan sisa". Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling sesuai bagi "emerging technology"?Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "emerging technology" ialah teknologi memuncul.Istilah21.04.2020
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam SekitarPadanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar.Makna13.07.2018
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP, The process of one economy’s catching up with another economy is called convergence . Starting from a lower base level of technology, a huge amount of growth was possible through “technology catch-up.” Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang sesuai digunakan dalam bahasa Melayu bagi istilah "catching up"? adakah persaingan atau pergandingan atau merapatkan diri? Apa pula perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "convergence"? Sekian,Terima Kasih.Waalaikumussalam. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “catching-up ialah mengejar, manakala untuk “convergence” ialah pertemuan. Sekian. Terima kasih.Istilah19.09.2017
Jika ITD = Information Technology Division bermaksud Bahagian Teknogi Maklumat. Jika IT SSO = IT Shared Services Organization = ??? Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.IT SSO diterjemahkan sebagai organisasi perkhidmatan kongsi teknologi maklumat.Istilah06.08.2007
Apakah istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi bagi perkataan Society 5.0, Internet of Things (IoT), blockchain, human centred dan technology basedBerikut merupakan padanan untuk istilah yang berkaitan dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

        - Society 5.0:  Masyarakat 5.0
        - Internet of Things: Internet benda
        - Blockchain: blok rantai
        - human centred: Pusat Kemanusiaan
        - technology based: berasaskan teknologi



Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
123

Kembali ke atas