Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih tegar. Bolehkah perkataa tegar digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih tepat? T.kasih | Perkataan tegar tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana tegar lebih membawa kepada perasaan seperti keras hati, degil dan sebagainya. Cadangan kami, ialah 'Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih menarik'. | Istilah | 19.01.2011 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =) | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Istilah | 14.06.2014 |
Mohon beri nasihat tentang terjemahan untuk "hard core games". Konteksnya berkenaan dengan permainan yang dimainkan pada alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Adakah "permainan tegar" sesuai digunakan? | Terjemahan hard core games kepada "permainan tegar" boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2015 |
Saya merupakan pengguna tegar PRPM. Saya akui ia sangat membantu tugas seharian saya dan saya amat berterima kasih kepada pihak DBP. Tetapi sejak kebelakangan ini, saya dapati amat sukar untuk mencari istilah-istilah yang pernah saya cari sebelum ini. Seolah-olah hilang daripada rekod PRPM. Banyak juga yang saya perasan. Adakah pihak DBP sedang dalam proses untuk menambah baik? Atau berlakunya masalah dengan sistem PRPM ini. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 05.01.2025 |
seribu alasanmu menjadi tegar.soalanya,pakah ayat tersebut betul dan di boleh guna sebagai stau ayat | Encik Zaini, Ayat tersebut betul bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas". | Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan. DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
Zulhisam Wahid SAT 10:28AM Zulhisam Wahid Zulhisam Salam. Sy merupakan peminat tegar buku2 terbitan DBP. Sehingga kini, sy telah memiliki buku2 DBP lebih daripada seribu tajuk. Pernah menjadi rakan dewan & kini juga telah menjadi rakan DBP. Dengan menjadi Raman DBP pelbagai keistimewaan di war-warkan. Dukacita dalam terdekat ini, dalam mempromosi buku oleh Kedai Buku DBP mungkin terlepas pandang. Diskaun 20% hingga 30% diberi kepada pembeli buku DBP samarata dengan rakan DBP. Apa istimewa rakan DBP? Jika begitu tidak perlu war-warkan keistimewaan kalau kesamarataan ini. Ada penjual bukan DBP memberikan keistimewaan khusus buat kepada ahli kad sahaja. Pihak berkenaan di DBP tolong lihat-lihat perkara ini. Hargai sokongan orang-orang seperti saya. Jangan sejarah lama berulang atau ada penerbit telah gulung tikar. Moga pihak DBP terus maju dan jays. | Kami ambil maklum pandangan tuan dan amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.09.2016 |
Apa terjemahan "huge fan (peminat)"? | Cadangan padanan bagi istilah huge fan dalam bahasa Melayu ialah peminat tegar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.07.2024 |
KENAPA "JEJAK LANGKAH" TIDAK BOLEH DIGUNAKAN? CONTOH AYAT: Mak Enon sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mengikut "jejak langkah" suaminya yang memang perokok tegar? | Perkataan "jejak langkah" boleh digunakan kerana ia merupakan simpulan bahasa yang bermaksud mengikut jejak. Oleh itu, penggunaannya dalam ayat yang diberi adalah betul. | Lain-lain | 23.07.2007 |