Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tegar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kejur: kejang, kaku, keras kaku,

2. Bersinonim dengan degil: tengkas, ketegar, bingal,

Kata Terbitan : bertegar, ketegaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut?

Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa.   

 Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan.

Lain-lain25.05.2010

Kembali ke atas