Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260. | Sila rujuk lampiran. | Makna | 01.07.2021 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
menggolek daun teh atau memproses daun teh untuk dijadikan sebuk teh? | Frasa yang sesuai ialah ... memproses daun teh. | Tatabahasa | 28.10.2014 |
Adakah terdapat perkataan seteko jika saya ingin menggunakannya dalam ayat 'Mereka minum seteko teh'? Seteko teh atau satu teko teh. Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 24.08.2017 |
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? | Tatabahasa | 22.10.2015 |
ice honey lemon tea dalam bahasa malaysia ialah teh madu limau ais, teh limau madu ais atau teh limau ais madu? | Padanan yang sesuai ialah teh limau madu ais. | Lain-lain | 02.11.2018 |
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
Apakah padanan bagi “tea mix”. Adakah ia “teh campuran” atau “campuran teh”? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: tea mix - campuran teh Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 01.07.2021 |
sila tanya ayat mana yang betul? 1.Saya menuang teh untuk nenek. 2.Saya menuangkan teh untuk nenek. 3.Saya menuangkan nenek teh. terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Saya menuang teh untuk nenek. 2. Saya menuangkan nenek teh. | Lain-lain | 13.05.2023 |