Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té/] | تيق

Definisi : (ték) bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); ® tik I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té/] | تيق

Definisi : (ték) Mn kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
teknologitek-no-lo-giLain-lain10.11.2008
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya.

Salam sejahtera,

Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah.

1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.  Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan  prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis.

2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke  semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip.

Lain-lain18.10.2011
Apakah nama yang betul bagi buku tek bahasa Malaysia di sekolah rendah..? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.. Terima kasih..

Semua buku teks Bahasa Melayu telah ditukar judul kepada Bahasa Malaysia. Pertukaran nama judul dibuat atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, judul-judul buku teks Bahasa Melayu semuanya telah ditukar kepada Bahasa Malaysia apabila buku-buku yang berkenaan dicetak ulang.

Lain-lain20.05.2010
ejaan yang betul bagi seni pertahanan diri tek kwan do @ taek kwan do @ taekwando?Ejaan yang tepat ialah  tae kwan do.Ejaan22.12.2010
Akmi ingin memohon papan iklan dari pihak DBKL, oleh yang demikian minta pihak tuan untuk menyemak yang dikemukan dalam fail seperti dibawah. semakan segera dari pihak tuan. Terima kaihPenggunaan bahasa Melayu terlalu minimum dalam iklan tersebut. Tek/ayat bahasa Inggeris perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
Terima kasih tetapi saya masih belum faham mengenai kata pinjaman dan kata serapan.Berdasarkan pemahaman saya,perkataan seperti unit adalah kata serapan di mana perkataan tersebut mengekalkan ejaan yang sama.Walaubagaimanapun sebutan baku haruslah membunyikannya sebagai [u/nit] dan bukan [yu/nit] sebagaimana loghat Johor-Riau.Perkataan teknologi pula adalah yang dipinjam.Ejaan asalnya adalah technology.Sebutan baku adalah [tek/no/lo/gi] dan bukan [tek/no/lo/ji]seperti loghat Johor-Riau.Adakah pemahaman saya ini betul?Harap dapat penjelasan kerana saya ingin menyiapkan assignment.Pernyataan saudara adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi.Lain-lain15.06.2010
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh.

Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif.

Lain-lain31.01.2010

Kembali ke atas