Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekanan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan?Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut:
1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak  dan gas.
2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah.
Tatabahasa09.07.2021
Salam sejahtera, Adakah "Steering Relief Pressure" sesuai diterjemahkan kepada "Tekanan Pelega Pengemudi" atau "Tekanan Bantuan Pengemudi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih."Steering Relief Pressure" sesuai dipadankan dengan Tekanan Bantu Kemudi.Istilah11.06.2019
mohon pencerahan, 1) kesan tekanan di antara dua permukaan atau 2) kesan tekanan antara dua permukaan terima kasih.Frasa yang betul ialah "kesan tekanan antara dua permukaaan" kerana menunjukkan perbandingan, bukannya jarak di antara dua permukaan.Makna06.04.2015
Mana satu yang betul? 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat. 2. Mereka dibebankan oleh tekanan yang berat. Mana satu yang betul? 1. mengikut jejak rakan sebaya 2. mengikut jejak langkah rakan sebayaAyat yang betul ialah 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat.
Manakala Ayat 2 perlu diubah menjadi "Tekanan yang berat dibebankan kepada mereka".
Ayat 1: Mengikut jejak rakan sebaya. (bermaksud mengikut "bekas tapak kaki" atau "bekas laluan")
manakala Ayat 2 : Mengikut jejak langkah rakan sebaya ( bermaksud menyusul/membayangi)
Jadi, kedua-dua ayat ini betul, berbeza pada maksudnya sahaja.
Tatabahasa07.08.2014
1. Tekanan yang berterusan boleh lagi memburukkan masalah kesihatan seseorang. 2. Tekanan yang berterusan boleh memburukkan masalah kesihatan seseorang lagi. Yang manakah ayat yang tepat?

Ayat yang betul ialah “Tekanan yang berterusan boleh memburukkan lagi masalah kesihatan seseorang.”

Tatabahasa25.02.2026
Apakah padanan sesuai untuk istilah cold pressed oil dalam pembuatan minyak?Kami mencadangkan "cold pressed oil" diterjemahkan sebagai "minyak tekanan sejuk" atau "minyak tekanan dingin".Istilah23.01.2021
Tekanan di atas boleh memburukkan lagi masalah kesihatan seseorang. Mengapakah ayat di atas salah?

Ayat ini mempunyai subjek dan predikat, tetapi tidak tepat dari aspek makna. Subjek (Tekanan di atas) perlu dibetulkan menjadi frasa yang tepat maknanya, seperti “tekanan jiwa” atau “tekanan hidup”.

Tatabahasa25.02.2026
Tuan, apakah terjemahan bagi "Stress Urinary Incontinence"? Adakah "Inkontinens Urinary Tekanan" terjemahan yang betul?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk urinary incontinence ialah inkontinens urinari (bidang Perubatan) dan istilah untuk stress ialah tekanan dan stres (bidang Perubatan). Oleh itu padanan bahasa Melayu yang dicadangkan, iaitu Inkontinens Urinari Tekanan adalah betul dan boleh digunakan. Istilah05.10.2011
Slm, Mohon semak ayat di bawah : Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkwal/dikawal. tqTekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkawal atau tidak dapat dikawal.Tatabahasa27.08.2015
123456

Kembali ke atas