Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.kat] | تکت

Definisi : sujian, sulaman; ~ berakam sujian dgn benang emas (perak), bersongket: ~ berawan sujian yg merupakan gambar awan; ~ bersuji sulaman dgn benang sutera; ~-bertekat sujian dgn menampal kain dll yg lain; ~ timbul sujian yg bergambar timbul; bertekat dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas; bertekatkan bersuji dgn, bersulam dgn; menekat membuat tekat, menyuji, menyu­lam: anakanda telah pandai ~ menyulam ber­bagai-bagai rupa cara-cara baru belaka; tekat-menekat ilmu yg berkaitan dgn kerja menekat: Hajah Habibah bercadang mem­buka kelas ~ sbg langkah permulaan men­didik generasi muda; tekatan hasil menekat, yg ditekat: bunga-bunga ~ ini bermutu tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.kat] | تکت

Definisi : jahitan yg berbunga-bunga (biasa­nya sbg perhiasan pd kain); suji; sulam. bertekat ada tekat atau ada sulamnya. bertekatkan bersulam dgn; bersuji dgn: ~ benang emas. menekat membuat tekat; menyulam; menyuji. tekat-menekat ilmu ttg kerja menekat. tekatan hasil drpd menekat; sulaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekat
Kata Terbitan : bertekat, menekat, tekatan,

Puisi
 

Dentam-dentum atas permatang,
     Orang mengemping padi muda;
Abang! Abang! Tunangku datang,
     Payungnya kuning tekat pelada.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan kata tradisi dan tradisional dalam ayat. Adakah dua perkataan tersebut mempunyai perbezaan makna dalam ayat? Mohon penjelasan dan contoh ayat yang sesuai. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

tradisi
(kata nama) ialah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan yang diwariskan kepada generasi seterusnya:

Contoh penggunaan:
Masyarakat dahulu mengamalkan tradisi tegur-menegur.
pakaian tradisi;
makanan tradisi.

tradisional kata adjektif

1
(berkenaan kesenian, kehidupan dan lain-lain) bersifat turun temurun:

Contoh penggunaan:
Tekat ialah seni menghias kain tradisional Melayu.
Mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional seperti menebang dan membakar hutan untuk menanam padi huma.

2 (berkenaan orang, masyarakat dan sebagainya) mengamalkan tradisi:

Contoh penggunaan:
Dalam masyarakat tradisional Melayu, perbualan atau perkisahan mengenai seks dianggap sebagai tabu.

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk kamus tersebut.
Makna03.11.2024

Kembali ke atas