Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.no.lo.gi] | تيکنولوݢي

Definisi : (téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.no.lo.gi] | تيکنولوݢي

Definisi : /téknologi/ ilmu ttg cara mencipta barang-barang dlm per­usahaan, spt bangunan, jen­tera. ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem­prosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. ~ maklumat dan komunikasi teknologi maklumat me­lalui penggunaan komputer dan dlm bidang telekomunikasi. berteknologi mempunyai teknologi: kenderaan ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teknologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jurnal berkaitan teknologi maklumat1. Jurnal teknologi/ Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jurnal teknologi D : elektronik, kawalan, telekomunikasi dan teknologi maklumat = electronics, control, telecommunications and information technology Publisher: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1999- 3. Jurnal teknologi maklumat dan sains kuantitatif Publisher: Shah Alam : Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universti Teknologi MARA, [199-]- 4. Jurnal teknologi maklumat = Journal of information technology Publisher: Sekudai : UTM, 1990-Lain-lain06.08.2007
teknologitek-no-lo-giLain-lain10.11.2008
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat

Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin,  dan tiada istilah torrent.  Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut.

Istilah19.03.2011
Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia?Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi.Tatabahasa28.08.2007
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.Makna24.12.2007
Apakah contoh-contoh teknologi digital? adakah perisian komputer dikira sebagai teknologi digital?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perisian ialah program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu. Contoh teknologi digital ialah komputer, telefon bimbit dan lain-lain.Lain-lain05.11.2018
Penggunaan Teknologi “A” akan membolehkan agensi kerajaan meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan aktiviti (seperti perancangan danpemantauan) dengan lebih cekap dan berkesan yang mana akhirnya rakyat mendapat manfaat daripadanya. Jika seminar dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman dan akhirnya meningkatkan penggunaan teknologi “A” oleh agensi-agensi kerajaan. Tajuk manakah yang lebih sesuai : “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat” atau “Seminar Pemerkasaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”.Salam sejahtera,

Tuan,

Kedua-dua tajuk tersebut betul penggunaannya. Tapi, untuk konteks yang lebih berfokus terhadap penggunaan teknologi "A", “Seminar Pemerkasaan Penggunaan Teknologi “A” untuk Kelestarian Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat”  lebih sesuai. 

Sekian, terima kasih. 
Lain-lain16.06.2017
apakah maksud bagi gabungan perkataan tersebut? a) dunia teknologi digital b) nilai kemanusiaan jika boleh, saya mahu jawapan yang banyak pilihan untuk dibuat sebagai bahan kajian. terima kasih. segala bantuan anda sangat saya hargai.

a) Dunia teknologi digital bermaksud kecanggihan teknologi yang diguna pakai oleh manusia pada zaman ini.

b) Nilai kemanusiaa merujuk kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saudara.

Makna25.03.2010
saya ingin bertanya manakah ayat yang betul untuk perkataan ini.MASYARAKAT MEMACU KEMAJUAN SESUATU EVOLUSI TEKNOLOGI atau EVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKAT atau ada ayat lain yang boleh membentuk ayat yang lebih sempurna dari perkataan perkataan diatas.terimakasih.

Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul, bergantung pada maksud dan perkara yang ingin diutamakan.

Tatabahasa21.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas