Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téks] | تيک س

Definisi : (téks) 1. kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan drpd asalnya): hikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dgn jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi; 2. petikan dr sesebuah kitab suci (yg dijadikan bahan rujukan dll); 3. kandungan buku yg utama (tidak termasuk catatan dll); 4. tulisan yg dijadikan pokok syarahan dll: dia ber­pidato dgn memegang ~ di tangannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téks] | تيک س

Definisi : /téks/ 1 kata-kata asli drpd penga­rangnya sendiri (bukan terjemahan atau ulasan). 2 sesuatu yg tertulis utk dijadikan dasar dlm memberi pelajaran (ceramah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teks (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan skrip, manuskrip, naskhah, dokumen.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam .. Saya seorang guru sastera tingkatan 4 , ingin bertanya tentang sinopsis teks-teks sastera yang baru digunakan oleh pelajar tingkatan pada tahun 2010 ?Sinopsis ada dimuatkan dalam halaman Pengenalan bagi setiap genre. Sila rujuk buku yang berkenaan.Lain-lain02.07.2010
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasihFrasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks.Tatabahasa04.05.2011
kepentingan filologi dalam sasteraSecara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah.Lain-lain05.09.2008
Saya sedang membuat kajian dalam bidang teks steganografi. Saya ingin mengetahui masuk Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut berikut: 1. cover text - teks penutup @ teks pelindung 2. hidden message - mesej rahsia @ mesej tersembunyi atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:

1. cover text - teks pelindung
2. hidden message - mesej tersembunyi 
Istilah24.11.2016
Ejaan; buku teks sejarah @ Buku Teks Sejarah?

Salam sejahtera,

Buku Teks Sejarah

Ejaan07.01.2013
Salam sejahtera, 'Di dalam buku teks' atau 'dalam buku teks' yang gramatis? Terima kasih. Selamat Berpuasa.Dalam buku teks.Tatabahasa20.08.2009
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama.Istilah19.10.2012
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
Assalammualaikum dan selamat pagi. Saya merupakan pelajar phd yg sedang membuat penyelidikan mengenai buku teks bahasa melayu sekolah rendah. Justeru, saya memerlukan maklumat perkembangan buku teks di malaysia atau sejarah penerbitan buku teks oleh dbp. Bagaimana satu-satu buku teks dihasilkan..adakah mempunyai panel tertentu dan adakah mempunyai garis panduan penulisan buku teks atau modul. Jika ada bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tersebut. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai..Waalaikumussalam. Untuk mendapatkan maklumat buku teks, saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Buku Sekolah di talian 03 21479550/9505.  Terima kasih.Lain-lain09.05.2014
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih.Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November.Lain-lain01.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas