Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Gigi tanggal,
     rawan murah.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(8)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah?Penggunaan frasa telah pun yang betul.Tatabahasa17.09.2012
apa beza penggunaan perkataan 'pun' kerana ada kata yang rapat seperti 'walaupun' dengan kata yang jarak seperti ' telah pun'?"Pun" yang bermaksud juga dieja berpisah seperti telah pun (telah juga), dia pun (dia juga). Walaupun, meskipun, kendatipun dieja rapat.Tatabahasa09.09.2008
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan).Ejaan30.06.2012
Salam Sejahtera. Saya telah pun menghantar semula Iklan syarikat saya 9 Lautan dan diharap pihak DBP dapak menyimak semula. Pembetulan telah pun di hantar melalui permohonan yang dikemas kini. Terima kasih.Iklan tersebut telah diluluskan pada 14 April 2017 dan tuan/puan boleh mencetak sijil pengesahan.Lain-lain13.04.2017
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah punPerkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun.Tatabahasa31.07.2012
Bantuan kerajaan telah pun diterima oleh_____________ daripada penduduk kampung yang menjadi mangsa bencanabanjir itu. A. setiap B. sebahagian c. seluruh D. semua - adakah jawapan BJawapan yang betul ialah B. sebahagianTatabahasa08.09.2015
Terima Kasih, saya telah pun membuat pembetulan seperti arahan tuan Sila rujuk lampiran untuk pengesahan iklan untuk sijil kelulusanSila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan.Lain-lain13.02.2013
Adakah perkataan EKSTRAVAGANZA telah pun boleh dipakai di dfalam Bahasa Melayu?Maknanya ialah bentuk persembahan hiburan yg besar-besaran, canggih, berwarna-warni, mahal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.09.2008
Salam ramadhan dari MARAtv. Tuan / Puan, Saya telah pun mendaftarkan syarikat kami untuk semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan. Dari semalam saya menghadapi masalah untuk memuat naik permohonnan iklan baru. Turut disertakan gambar print screen untuk rujukan pihak tuan / puan. Terima kasih.Kami tidak dapat menghubungi tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Sila hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691 untuk bantuan teknikal.Lain-lain09.06.2017
Pihak kami ingin mengadakan Selangor International Race 2023. Kami telah pun memohon pengesahan bahasa daripada DBP tetapi kami dimaklumkan bahawa logo tersebut perlu ditukar kepada Bahasa Melayu. Boleh saya tahu sama ada, ada cara lain untuk saya kekalkan logo tersebut dalam Bahasa Inggeris?

Pihak tuan masih boleh menggunakan nama International Race 2023 dalam program yang dianjurkan dengan syarat logo tersebut mestilah berdaftar terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya tuan membuat pendaftaran tanda dagang (® atau TM ) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Walau bagaimanapun, tuan tetap perlu memasukkan teks bahasa Melayu dalam visual iklan kerana kami tidak mengesahkan tanda dagang, jenama, nama syarikat, iklan bahasa Inggeris, tanda pagar dan yang seumpama dengannya.

Lain-lain07.04.2023
12345678910...

Kembali ke atas