Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi. | 1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat. 2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga). 3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'pun'. haruskah dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: ada pun, siapa pun Sekian, terima kasih. | Pun sebagai kata partikel dieja rapat seperti adapun, walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun, dia pun dan sesiapa pun. | Tatabahasa | 17.01.2015 |
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan). | Ejaan | 30.06.2012 |
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama. | Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Bagaimana untuk membezakan perkataan 'pun' jarak atau dekat. Contoh, andaipun - perkataan 'pun' rapat, begitu pun - perkataan 'pun' dijarakkan. Tolong jelaskan dalam Koleksi Lembar Bahasa Bilangan 2 - Bahagian3 mengelirukan saya. Terima kasih. | Kata yang telah mantap dieja rapat menggunakan partikel 'pun' adalah seperti berikut : walaupun, andaipun, bagaimanapun, sekalipun, kendatipun, dan meskipun. | Lain-lain | 27.02.2008 |
Saya sudah menyemak Kamus Dewan mengenai perkataan 'pun'. Namun ada beberapa perkataan yang menggunakan perkataan 'pun' tidak ada dan saya keliru untuk menggunakannya, kerana ada yang dieja rapat dan ada yang dieja jauh daripada kata dasarnya. Misalnya, walaupun, sekalipun, walau bagaimanapun, meskipun (dieja rapat) dan belum pun, sudah pun (dieja jauh) Oleh itu, apakah formula yang perlu digunakan bagi memastikan sama ada perkataan itu dieja rapat atau jauh. Misalnya - walau apa pun / walau apapun walau bagaimana pun / walau bagaimanapun mahupun/ mahu pun dan lain-lain perkataan berbangkit. Diharap saudara atau saudari dapat memberikan formula untuk menentukan ejaan 'pun' | Ada 13 perkataan yang ditulis serangkai dengan kata partikel pun: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun,sungguhpun dan walaupun. Walau bagaimanpun . Pun yang bermaksud juga ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya : apa pun, telah pun. | Ejaan | 11.03.2008 |
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat?? | 1. Kek berperisa coklat. 2. kedua-duanya betul. 3. Satu lembaga. 4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun. 5. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 07.05.2013 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada mac 2020 lalu iaitu sebelum PKP dilaksanakan, adakah iklan jawatan kosong tersebut telah pun ditutp atau dilanjutkan untuk permohonan. Jika dilanjutkan bolehkah pihak DBP update tarikh lanjutan permohonan yang baru di laman web.harap maklum Terima Kasih. | Salam sejahtera, Iklan jawatan kosong DBP. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada Mac 2020 lalu, iaitu sebelum PKP dilaksanakan, tidak dilanjutkan dan telah pun ditutup pada 22 MAC 2020 (AHAD). Sekian, harap maklum. Terima Kasih. | Lain-lain | 31.05.2020 |
Assalamualaikum, saya hanya ingin memaklumkan, permohonan saya untuk 'street bunting' dan 'banner', telah pun lulus. Cumanya, saya megalami masalah untuk 'download'. sijil kebenaran. Setiap kali saya download, dan apabila selesai, tetapi tidak dapat membuka file. saya harap saya boleh mendapatkan sijil kebenaran dengan secepat mungkin. No kelulusan. 1.DBP/KPB/201611/09992 2.DBP/KPB/201611/09985 | Waalaikumussalam, Kemungkinan masalah ini terjadi disebabkan masalah teknikal. Tuan boleh menghubungi pegawai teknikal kami, Encik Saufi (03-21479389) atau Puan Raja Bi (03-21479377) untuk mendapatkan bantuan | Lain-lain | 01.11.2016 |
salam, yang mana satu betul? atau pun ada ungkapan lain yang lebih sesuai? terima kasih : "cadangan kertas kerja seminar bahasa" atau "kertas kerja cadangan seminar bahasa" | Kedua-duanya betul, "cadangan kertas kerja seminar bahasa" merujuk kepada kertas kerja berkenaan, manakala "kertas kerja cadangan seminar bahasa" merujuk kepada seminar berkenaan. Walau bagaimanapun lazimnya penyediaan kertas kerja dibuat untuk seminar yang telah dipastikan. Oleh itu, yang paling tepat ialah "cadangan kertas kerja seminar bahasa". | Tatabahasa | 15.06.2011 |