Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur Hayati | Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Betul ataupun tidak ayat ini? - "Saya rasa... kita harus berusaha lebih keras kerana petunjuk telahpun hilang," beritahu Joan kepada kawan-kawannya. Jikalau betul, saya mahu tanya, penggunaan tiga noktah itu harus dijarakkan atau dirapatkan dengan perkataan sebelum dan selepasnya? | "Saya rasa, kita harus berusaha lebih keras kerana petunjuk telahpun hilang," beritahu Joan kepada kawan-kawannya. Titik tiga (ellipsis) digunakan apabila ada perkataan yang ditinggalkan dalam petikan tersebut. Dalam ayat ini tidak menunjukkan ada perkataan yang ditinggalkan, hanya jeda (berehat sebentar) ketika mengungkapkannya. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?) | 1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun, kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah. 2. Analisis, analisa ejaan lama. 3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Saya berminat menulis cerpen, dan telahpun siap satu cerpen. Adakah cara supaya saya boleh mendapatkan pendapat secara kritis bagaimana cara untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik dan menarik? Terutama dari segi gaya bahasa dan susunan cerita. Kerana setakat ini komen yang diberikan kepada saya lebih kepada ok, not bad, boleh tahan. Saya perlukan komen yang lebih kritis. Aspek mana yang boleh diperbaiki. Di mana kekurangan dan kelebihan karya saya. Untuk pengetahuan, saya banyak menggunakan dialog campuran BM-BI. Jadi konsep ceritanya tidaklah berunsur sastera. Harap maklum. Terima kasih. | Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca 5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. | Sastera | 20.07.2011 |
saya ingin menyemak ejaan b Melayu: telahpun | Ejaan yang betul ialah "telah pun". | Ejaan | 08.05.2007 |
Assalamualaikum Bagaimana untuk saya mendapatkan borang untuk menyertai Hadiah Karya Ilmiah anjuran DBP? Saya telahpun melawat laman sesawang DPB namun tidak menjumpai link untuk memuat turun borang berkaitan Hadiah Karya Ilmiah. Harap dapat bantu saya. Terima kasih. | Sila lihat dalam laman web DBP sekali lagi. Ada juga dalam akhbar Berita Harian ruangan sastera bertarikh 10 Julai 2014. | Lain-lain | 10.07.2014 |
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke? | Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah). | Lain-lain | 15.11.2013 |
Soalan Pertama:yang mana Satu yang betul,Mengenahkan atau Mengetengahkan? Soalan Kedua : Cadangan Pihak Tuan tersebut telahpun dipersetujui oleh Jawatankuasa PIBG Sekolah. Soalannya, adakah dipersetuju atau dipersetujui? | Kata terbitan yang betul ialah Mengetengahkan - dari kata dasar ke tengah. | Tatabahasa | 27.01.2011 |
pada tarikh 23/03/2012 saya ada menghantar email untuk pengesahan bahasa untuk lesen iklan papan tanda untuk DBKL, dan telahpun lulus, terima kasih. tetapi baru-baru ini iaitu pada 03/05/2012 saya menghantar visual yang sama tetapi lain warna sahaja, tetapi tidak lulus..sila jelaskan kepada saya situasi sebenar... | Sila berikan nombor pendaftaran kedua-dua iklan tersebut supaya kami boleh semak sebab iklan tersebut tidak lulus. | Lain-lain | 09.05.2012 |
1. Chocolate Macadamia Cookies 2. Strawberry Cornflakes Saya perlu senarai diatas dalam bahasa Melayu. | Andrea, Saya telahpun menjawab soalan ini namun saya akan jelaskan sekali lagi. Chocolate Macadamia Cookies - Biskut Coklat Macadamia. Strawberry Cornflakes - Emping perisa Strawberi | Makna | 23.04.2010 |