Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : telefon yg terdapat di tempat awam utk kegunaan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon awam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan?Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur.Tatabahasa18.12.2015
apakah tindakan dan cara yang diambil oleh dbp untuk memperkasakan bahasa melayu?Untuk tujuan tersebut pelbagai program dan aktiviti dirancang dan dilaksanakan antaranya program kursus penataran bahasa, penyebaran maklumat bahasa dalam pelbagai media seperti pedoman bahasa, lembar bahasa dan penerbitan Klik DBP, siri ceramah bahasa, forum, peraduan mengarang esei, majlis pengiktirafan seperti Majlis Citra Wangsa. Dari segi perkhidmatan bahasa DBP menyediakan khidmat nasihat bahasa dalam talian, khidmat nasihat bahasa melalui faksimile, telefon, e-mel dan kujungan.  Selain itu, DBP terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan di peringkat jabatan masing-masing.   Lain-lain31.01.2009

Kembali ke atas