Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih. | Perkataan "Pinjaman" ialah padanam daripada "loan'" yang bermaksud pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik secara ansuran. Manakala "pembiayaan" pula padanannya "financing" ialah pinjaman bukan bentuk tunai tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik. | Istilah | 07.08.2019 |
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkaitan; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka. Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain. | Lain-lain | 07.12.2017 |
Azahari Abdullah Oct 26th, 10:30am Assalaamu'alaikum, Saya Azahari Abdullah dari Kuantan. Saya pesara, orang biasa, bukan pakar Bahasa Melayu dan tiada latar belakang Pendidikan Bahasa Arab. Namun saya mempunyai minat yg sangat tinggi dalam memperkasa Bahasa Melayu di dalam Penterjemahan Al-Quran. Saya ada beberapa idea dan pandangan, serta keinginan dan cita-cita yg mendalam ke arah itu. Adakah sesiapa (seorang atau beberapa orang) di dalam DBP yang boleh saya hubungi/temui/jadikan sahabat untuk mendengar idea dan pandangan saya? Jika ada, mohon dapatkan saya e-mel atau no.telefonnya untuk SMS atau Whatsapp, atau Facebook dan seumpamanya. Jika boleh beliau/mereka adalah di kalangan yg mahir/pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Arab khususnya Al-Quran. Sekian. Didahului ucapan terima kasih. Jika perlu respon melalui telefon saya, nombornya 60129549456 (Boleh Whatsapp atau Telegram) | Tuan boleh berkongsi pandangan atau pendapat tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Untuk makluman tuan juga, DBP tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan penterjemahan al-Quran. Ada baiknya tuan berhubung terus dengan pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. | Lain-lain | 26.10.2014 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |